Tag Archives: sutra

WATCH SUTRA YEAR END SALE 10 -31 Dec 2017

Alhamdulillah tahun 2017 sudah hampir untuk melabuhkan tirai. Tak lengkap jika saya tidak membuat Sutra YES kan? Sutra Year End Sale telah bermula dari 10 December – 31 December 2017. Diskaun sehingga 15% dan pembelian RM30 keatas layak untuk mendapatkan FREE SHIPPING dengan syarat anda beli disini https://shopee.com.my/neonateoutlet.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saya di http://aeimelia.wasap.my

Enjoy your YES! YES! YES!

 

Cari Corporate gift atau hadiah istimewa

Tercari – cari corperate gift yang  istimewa yang lain dari yang lain? Dah jemu dengan pen, mug, pendrive gift yang selalu kita dapat setiap kali ada mesyuarat atau bengkel.
Apa kata cuba corporate gift atau hadiah istimewa dari produk SUTRA.
Jika anda hendak membuat event atau meeting, disini saya boleh cadangkan beberapa produk SUTRA yang sesuai untuk event tersebut.

Semasa meeting atau bengkel biasanya kita akan bekerja sampai lewat malam kerana waktu seperti inilah biasanya kita akan memaksimumkan masa kita supaya lebih tumpuan. Justeru badan kita pasti letih dan kurang tidur.

Pilihan pertama, Deep Sleep Pillow Spray adalah corporate gift yang terbaik selain dari ianya diperbuat dari minyak pati asli yang bebas kimia. Ianya juga dapat membantu peserta meeting atau bengkel untuk mengurangkan masalah lesu dan kurang tidur. Walaupun kurang tidur dengan semburan ini ke bantal dapat mengoptimumkan tidur kita walaupun hanya beberapa jam sahaja. Maklumat lanjut boleh lihat sini http://neonateoutlet.com/category/aromatheraphy/deep-sleep-aromatherapy-pillow-spray/

Pilihan kedua, SUTRA Massage Oil Stress Relief. Bila meeting sudah pasti letihkan? Gunakan SUTRA Massage Oil Stress Relief ini pada bila-bila masa yang dikehendaki. Caranya sapu dibahagian tengkuk, bahu, dahi dengan sedikit urutan biasa. Minyak ini mudah menyerap dan baunya wangi bukan macam minyak urut ya… baunya pun boleh membuatkan mood anda bertukar kepada mood yang lebih tenang… Bila dah tenang baru boleh bekerja dangan efektif. http://neonateoutlet.com/category/aromatheraphy/massage-oil/

Pilihan ketiga, SUTRA mini set shower gel. Shower gel ini terdiri dari 3 jenis pilihan dalam satu kotak yang comel. SUTRA shower gel relaxing dapat mengembalikan kesegaran dan aromanya dapat menghilangkan stress setelah penat bekerja, SUTRA shower gel M’blica yang diperbuat dari buah melaka yang kaya dengan vitamin C dengan bauan seperti buah limau segar dan yang ketiga SUTRA shower gel vanilla yang mewah baunya.

image

Kalau nak custom made tempahan pun dialu-alukan. Boleh terus contact saya di 0136010686 saya sedia membantu bagi menjayakan majlis anda tak kiralah majlis perkahwinan ke office retreat ke atau apa-apa sahaja.

image

Free gift sampul duit raya

Salam Ramadhan kepada semua pelanggan neonateoutlet.com. Sebagai tanda penghargaan saya dengan gembiranya ingin memberi free gift sepanjang bulan Ramadhan ini. Free gift sampul duit raya ini adalah handmade dan boleh muat duit RM100 dan tak perlu lipat-lipat. Lepas dah guna sampul duit raya ini jangan lupa reuse dan recycled ya.

Setiap pembelian produk SUTRA atau kain sareedari saya sahaja yang layak mendapat free gift sampul duit raya ini. So cepat lah bershopping selagi stok masih ada.

image

image

SUTRA tiada GST

Pengumuman Khas:
Kepada semua pengguna produk SUTRA, adalah dimaklumkan bahawa harga pasaran untuk kesemua produk SUTRA tiada GST dan masih kekal sama walaupun dengan kehadiran GST. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada semua yang menyokong serta menyebarkan manfaat produk SUTRA sehingga kini dan pada masa hadapan.

“SUTRA YOUR SCENT OF LIFE”

image

Sutra Multipurpose Spray Pandan

SUTRA Multipurpose Spray Pandan baru masuk majalah 3. Produk yang mendapat pengiktirafan biotech Malaysia yang sedang hot dicari dan digemari ramai. Sememangnya produk ini selamat digunakan sebagai pewangi, pembersih cermin, iroining aid, penghalau serangga dan macam-macam lagi.

Boleh dapatkan produk SUTRA anda disini.

SUTRA Multipurpose Spray Pandan sememangnya pengganti kepada spray serangga dirumah anda. Apa yang pasti baunya sangat wangi seperti vunga rampai. 🙂

VOL: 200ml
Harga : RM 20.00

image

Testimoni SUTRA Adriana Gorgeous

Jangan tak percaya.. lelaki pun boleh pakai SUTRA Adriana Gorgeous ni tau. Beliau ialah pengasas Produk SUTRA ni sendiri. Cuba lihat perbezaan muka Encik Khairil sebelum dan selepas. Kaum adam tak pakai make up ya 🙂

image

Ini komen beliau sendiri…
“Disebabkan AG (Adriana Gorgeous) ni semulajadi, bebas bahan kimia terlarang, so secara jujur akan mengambil masa lama untuk hilang jeragat yang dah lama…kalau jeragat baru inshaaAllah, cepat. Tapi bab cerah, firming and anti-wrinkle tu nampak cepat kesannya…dengan IzinNya”

Sutra Aromatherapy Blended Oil

Produk Sutra Aromatherapy Blended Oil adalah minyak pati campuran SUTRA yang direka khas dan mampu mengurangkan kerisauan.

Ianya juga mampu meningkatkan semangat, mengimbangi sistem saraf dan menyegarkan badan.

Tahukah anda dengan hanya 2-3 titik minyak pati ini mampu mengharumkan seluruh kediaman anda atau ruang tempat kerja atau istirehat ? Baunya yang harum mewangi dengan ciri-ciri tersendiri mampu membantu anda untuk lebih ceria, bertenaga dan tenang walaupun setelah seharian penat bekerja.

Selain mampu merehatkan minda, perasan marah atau sedih atau murung juga dapat dihindari. Ini amat penting didalam kita melalui kehidupan yang bahagia bersama insan-insan yang tersayang ataupun tatkala melaksanakan tugas-tugasan di pejabat.

Terdapat enam pilihan Aromatherapy Sutra Blended Oil yang disediakan

Sutra Blended Oil Energizing
Sutra Blended Oil Sleep Well
Sutra Blended Oil Calming
Sutra Blended Oil Sensual
Sutra Blended Oil Romance
Sutra Blended Oil Revitalizing

Harga : RM 35.00
Vol : 10 ml

Ianya boleh digunakan dalam 6 kaedah.

1.Bahan mandian.
Sediakan air mandi atau penuhkan tab mandi anda. Titiskan 5 titik blended oil pilihan anda dan mandi seperti biasa. Jika kulit anda sensitif kurangkan titisan tersebut. Untuk kesan yang lebih baik selepas mandi digalakkan untuk menggunakan Sutra Massage Oil untuk kesan kulit yang lebih anjal dan segar

2.Diffuser/Air purifier atau Burner.
letakkan air kedalam burner atau air purifier anda bersama 3 ke 5 titik titisan Sutra blended oil dan pasang atau nyalakan burner anda. Dengan cara ini seluruh ruang kerja atau rumah anda akan wangi dengan bauan aromaterapi yang menenangkan.

3.Minyak sapuan atau urutan beraromatherapy.
Sutra Aromatherapy Blended Oil juga boleh digunakan sebagai minyak urutan untuk seluruh badan. Caranya adalah dengan dicampurkan dengan minyak zaiton, grapeseed oil atau apa apa carrier oil yang sesuai dengan jenis kulit anda. Titiskan sebanyak 2 atau 3 titik Sutra blended oil bersama dengan minyak plihan anda mengikut keselesaan dan kesesuaian kulit anda. Jika anda tidak gemar membuat campuran minytak urutan badan anda sendiri digalakkan untuk anda memilih Sutra Massage Oil kerana ianya telah diadun bersama minyak carrier dan boleh terus digunakan dari botol.

4.Rendaman Kaki
Penuhkan baldi rendaman kaki dengan air suam dan titiskan 6 ke 8 titik Sutra Aromatherapy Blended Oil. Untuk lebih mudah anda juga boleh menggunakan Sutra Aromatherapy foot and bath Salts sebagai alternatif.

5.Stim bersama air panas
Ambil semangkuk air panas dan titiskan 5 titis Sutra Aromatherapy Blended Oil. Ambil sehelai kain atau tuala besar tutup kepala anda dan rapatkan muka anda ke mangkuk tadi dan bernafas secara perlahan-lahan. Tutup mata anda untuk mengelakkan sebarang kecederaan mata.

6.Sabun buatan sendiri
jika anda mahir atau pernah membuat sabun buku mandian sendiri anda boleh menggunakan blended oil ini untuk ditambah kedalam soap base anda.

Dengan hanya RM35.00 sebotol dapat digunakan dengan pelbagai kaedah dan kegunaan. jimatkan?

image

image

Vital Force Aura 7 Spray

 

image

Membongkar Rahsia sebenar Vitalforce Aura 7 Spray

Masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura 7 Spray adalah pengganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.

Kegunaan :
Aura 7 Spray dapat memberikan kekuatan diri daripada unsur-unsur halus dan negatif. Tidak dinafikan bahawa masyarakat kita percaya kepada sihir, dengan penggunaan Aura 7 Spray ianya dapat menguatkan diri pemakai dari unsur-unsur seperti ini. Aura 7 Spray juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil yang berlaku dan dapat menghentikan pendarahan kecil dan dapat mengelakkan parut.

Selain baik untuk meningkatkan mutu Aura seseorang, Aura 7 Spray juga sinonim dengan 1001 kahsiatnya dan telah dimanfaatkan oleh ribuan pengguna yang berjaya mengubah personaliti dari negatif ke positif, sebagai produk kecantikan yang membantu menyerlahkan seri wajah, untuk tujuan penyembuhan luka kecil dan kecederaan minyak panas, resdung, sebagai medium Aromatherapy, melegakan stress dan merupakan rahsia kesempurnaan untuk kehidupan yang lebih positif.

Kebaikan lain Aura 7 Spray:-

1) Menaikkan Seri Si Pemakai
2) Meningkatkan Proses Awet Muda
3) Memelihara sifat kesabaran & kerohanian.
4) Penampilan yg lebih Yakin.
5) Daya Penarik.
6) Memberi Ketenangan hingga ke tahap Alpha.
7) Boleh menstabilkan Emosi, Rohani, Fizikal & Minda.
8) Mengubah personaliti & pemikiran seseorang ke arah yg lebih positif.
9) Membantu tidur hingga ke tahap Delta ( tidur yg sgt berkualiti tanpa memikirkan apa2 ).
10) Mengharumkan Aura badan.
11) Perlindungan kuasa Psikik dan gangguan sihir.

Yang paling menakjubkan Aura 7 Spray mampu membunuh 70 JENIS KUMAN ( Punca ramai yg demam bila menggunakannya ) dan dapat menurunkan tahap GULA dlm darah serta sgt baik utk pesakit KENCING MANIS.

Teruja tak bila baca artikle ni???

Harga : RM 50.00
Vol : 30 ml