Tag Archives: sutra AF massage oil

SUTRA AF Massage Oil

Anda pernah alami masalah ini? Kesakitan yang disebabkan oleh Keradangan (Inflammatory) dan Kekakuan (Stifness) sendi? Terdapat beberapa jenis keradangan tetapi yang biasanya berlaku adalah Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis yang kedua-dua disebabkan oleh keradangan pada sendi. Keradangan ini boleh dikurangkan dengan penggunaan minyak pati (essential oils). Minyak pati SUTRA AF Massage Oil boleh meredakan kesakitan tetapi tidak boleh mengembali atau menyembuhkan jika sendi sudah mengalami kerosakan pada strukturnya.

Minyak pati SUTRA AF Massage Oil ini sesuai digunakan di dalam meredakan kesakitan dan mempunyai ciri-ciri analgesik dan anti-keradangan (anti-inflammatory). Jika di lihat kandungan minyak pati yang digunakan dalam SUTRA AF Massage Oil adalah:

Melaleuca Cajeputi (Cajeput): Mengandungi komponen fitokimia iaitu Cineole yang memberikan kesan kehangatan pada permukaan kulit dan kerengsaan, sekaligus meredakan kesakitan pada bawak kulit

Lavandula augustifolia (Lavender) : Merupakan minyak pati yang sangat mujarab untuk meredakan kesakitan dan menenangkan. Mempunyai ciri-ciri anti-keradangan, antimikrobial dan sedatif.

Mentha arvhensis (Peppermint): Mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan mengandungi komponen fitokimia iaitu Menthol yang meransang proses penyejukan (cool) dan kelegaan pada sendi.

Cymbopogon citratus (Lemongras/Serai Makan): Mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dengan merencatkan aktiviti enzim cyclooxygenase-2, iaitu enzim yang terlibat dalam keradangan yang menyebabkan kesakitan pada sendi.

Cara guna SUTRA AF Massage Oil adalah dengan menyapu sahaja dibahagian yang sakit. Boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian pesakit. Jika masalah anda berlarutan sila dapatkan nasihat dari doktor bertauliah.

RM 25.00
Vol 30 ml