Tag Archives: Rose otto skincare series

Rahsia dapatkan kulit kembali muda dan jimat belanja dengan rose otto skincare series

Nak tau macam mana nak dapatkan kulit kembali muda dan jimat belanja dengan rose otto skincare series?

Ok hari ini saya akan berceloteh tentang rose otto skincare series untuk beauty set sahaja. Sebenarnya rose otto skincare series ini ada dua bahagian. Bahagian penjagaan wajah yang saya gelar dia sebagai beauty set dan bahagian penjagaan badan. Set ini boleh digunakan oleh semua golongan termasuk remaja.

 

rose otto skincare series – beauty set

Seperti gambar di atas set ini cuma ada 3 produk sahaja dan cara menggunakannya pun mudah. Gunakan pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur. ok ini stepnya ya…

 

Step 1.

Gunakan Rose moisturiser and facial cleanser with Rose otto oil and lime oil seperti gambar bawah ni. Picitkan hanya sebesar buah saga atau pearl size sudah mencukupi (nak jimatkan hehe). Cuci bersih muka anda dan bilas dan lap kering. Saya dapati masalah jerawat saya mudah kecut dan kering disebabkan ada pati lime essential oil didalamnya. Ianya tidak membuatkan wajah anda terasa kering tetapi lembut. Kenapa saya cakap muka rasa lembut? sebab dia dah ada moisturiser kat dalam tu.. tak payah ada banyak-banyak produk kiranya macam 2 in 1 kan. Jimat duit dan jimat masa.

Step 1. rose otto skincare series moisturiser and facial cleanser gel

 

step 2.

Yang ini apa pulak ya? ok yang ini adalah spray muka atau spray mist. guna selepas cuci muka dan lap kering wajah kita. kemudian spray 2 kali dah cukup. Ratakan di wajah anda dan tepuk-tepuk manja kulit kita sampai dia serap. Spray mist ini  mempunyai rose floral water dan yuzu fruit extract dan artichoke. Ianya memberi kesan segar serta merta dan mempunyai  milk thristle extract untuk melindung kulit dari kesan penuaan. kiranya macam awet muda lah untuk bahasa yang lebih mudah difahami. Selain dari itu ianya juga bebas paraben dan mineral oil. Anda juga boleh gunakan spray mist ini selepas anda ber make-up. Ianya boleh membuatkan make-up anda tahan lebih lama. jimatkan? Satu produk pelbagai guna.

 

Step 2. rose otto skincare series soothing and balancing facial mist

 

step 3.

Akhir sekali gunakan facial serum ini. Saya suka sangat dengan facial serum ini sebab bila guna kulit saya jadi sangat lembut, pori makin halus, kulit tak kusam, bekas jerawat pun makin pudar dan yang paling best nampak kulit wajah saya kurang kedut. Saya boleh lihat perbezaan kulit saya dalam 2 minggu sahaja.  Saya cuma pam sekali sahaja sudah cukup untuk kegunaan kulit wajah saya. kalau rasa tak cukup pam lah 2 kali. pamkan sebesar biji saga atau pearl size sudah mencukupi. Bila dah sapu rata tepuk-tepuk manja lagi wajah anda dan bahagian leher. Serum ini boleh memberikan kelembapan pada wajah anda selama 72 jam! bukan 24 jam atau 12 jam ya… 72 jam! apa nak lagi kan… Kandungan dalam Serum ini sangat banyak. Ini petikan dalam brochure rose otto skincare series yang saya petik dalam bahasa inggeris.

SUTRA Rose 72H Moisture and Brightening Face Serum is rich in botanical extracts to provide optimum moisture, maintain skin elasticity and brighten your skin. Containing Prickly Pear extract to boost 72 hour moisturizing effect, Milk Thistle extract to prevent glycation process which can helps in increasing firmness and reducing wrinkles and line. While Bearberry extract which consist of natural Glutathione, essential fatty acid, Vitamin C, E and F will help in lightening skin pigmentation and finally brightening your skin.

Step 3. rose otto skincare series 72H moisture and brightening face serum

 

Jangan lupa ya lakukan proses ini setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Nak Cuba? boleh terus ke link ini.

Review Rose otto skincare series exfoliating body cream scrub

Hari ini saya nak review Rose otto Skincare Series untuk exfoliating body cream scrub. Seperti anda sedia maklum Rose otto skincare series by sutra ada 6 produk. Kita review satu persatu ya bermula dengan exfoliating body cream scrub dengan campuran rose otto essential oil dan shea butter.

Untuk maklumat rose otto skincare series exfoliating body cream scrub ini adalah paraben free dan mineral oil free. Beratnya dalam 150ml atau 5.0 fl.oz. Harga RM 80.00 SM RM85.00 SS.

Masa mula-mula unboxing the product perkara pertama yang saya kesan ialah baunya yang sangat segar dan harum bau bunga ros sebenar. Tak tau bau ros sebenar macam mana? Senang cerita bau dia macam sirap ros yang selalu kita minum tu… tetapi yang ini baunya sangat segar dan tidak mencucuk hidung. Texture exfoliating body cream scrub ini mempunyai manik-manik halus dari kulit walnut. Saya scrub ditangan sampai manik-manik itu hilang. Ternyata kulit yang terkena scrub ini lebih lembab dan lembut. Lihat gambar kulit tangan saya berkilat berbanding dengan tangan yang tidak discrub. Rasa seperti ada lapisan kain baldu ditangan hehehe. Bau wanginya kekal dikulit. Jika kerap menggunakannya insyallah boleh juga mencerahkan kulit yang kusam. Lepas scrub tu jangan lupa bilas dengan air dan cuci dengan Rose otto skincare series aromatherapy shower gel. Di akhiri dengan rose otto skincare series anti-oxidant and energizing body lotion. Setelah 6 jam berlalu kulit saya masih lagi lembut dan lembab.

Selain shea butter dan rose otto essential oil kandungan Rose otto skincare series exfoliating body cream scrub ini juga mengandungi minyak zaiton, jojoba dan lain-lain lagi. Boleh lihat gambar dibawah untuk maklumat lanjut. Insyallah saya akan review lagi produk Rose Otto skincare series ini di lain masa.

rose otto skincare series exfoliating body cream scrub

Berminat nak order Rose otto skincare series exfoliating cream scrub by sutra ni dengan free postage? Jangan lupa tinggalkan pesanan anda di 0136010686.

Produk terbaru Rose otto skincare series dari Sutra

Memperkenalkan produk terbaru dari sutra Rose Otto skincare series yang menampilkan 6 jenis produk yang pasti buat anda terliur.

Kepada peminat Rose Otto boleh lah start kumpul duit ya untuk miliki produk sensasi ini.

Rose Otto tu apa ya? Rose Otto tu adalah minyak pati atau essential oil dari kelopak bunga rose yang diimport khas dari Bulgaria.

Essential oil Rose Otto mempunyai frekuensi yang tertinggi dibandingkan dengan essential oil lain. Ini bermaksud ianya dapat mempengaruhi tindakbalas emosi, fizikal dan mental kita dengan sangat baik dan mempunyai khasiat yang sangat banyak utk tubuh manusia.

Jom lihat gambar produk terbaru Sutra Rose Otto Skincare Series ni.

Yang menarik perhatian saya adalah pada face serumnya. Nak tau kenapa? Nanti saya tulis lagi ya for next entry.

Halfest akan berlangsung pada 23- 27 August 2017 di Mines Exhibition Center Kuala Lumpur from 11am – 9 pm. Boleh lah ke booth sutra no 521 disana untuk cuba Rose Otto skincare series ni sendiri. Ntah-ntah ada harga runtuh pihak Sutra nak buat kot… Jom pi 😊