Tag Archives: resdung

Apa itu resdung

RESDUNG (SINUSITIS)

Sinus adalah ruang yang terdapat di antara tulang di sekitar bahagian hidung anda (bahagian berwarna merah dalam gambar). Semua ruang sinus ini bersambung antara satu sama lain. Ia berfungsi untuk melembabkan udara apabila anda bernafas.

image

APAKAH SINUSITIS?

Sinusitis berlaku apabila berlakunya keradangan dan pembengkakan pada lapisan sinus atau apabila pengaliran keluar cecair mukus daripada sinus tersekat. Ini akan menyebabkan sinus dipenuhi cecair.

Silia yang merupakan bulu-bulu halus dalam sinus biasanya dapat ‘menyapu’ mukus keluar ke rongga hidung. Apabila silia tidak berfungsi atau terdapat halangan di antara sinus dan rongga hidung, sinusitis (pembengkakan sinus) akan berlaku.
APAKAH YANG MENYEBABKAN SINUSITIS?

Biasanya sinusitis berpunca daripada jangkitan bakteria, selalunya berlaku selama beberapa hari. Ia sering terjadi akibat alahan pada hidung, lelah, asthma atau pencemaran udara yang menyebabkan tindak balas keradangan.

Selsema akibat jangkitan virus juga boleh menyebabkan ruang sinus tersumbat dan merebak kepada jangkitan bakteria. Sinusitis yang berlaku dalam keadaan sebegini dipanggil sinusitis akut.

Sinusitis boleh berlarutan (dipanggil sinusitis kronik) selama beberapa bulan, malah beberapa tahun. Individu yang kerap mengalami sinusitis atau berlarutan selama lebih daripada tiga bulan juga dikatakan menghidap sinusitis kronik.

Kulat juga boleh menyebabkan sinusitis kronik yang biasa berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai penyakit yang melemahkan sistem pertahanan badan seperti AIDS, leukimia dan kencing manis.

APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA SINUSITIS?

Sinusitis boleh berlaku tanpa mengira had umur. Sakit tekak dan batuk merupakan gejala yang paling biasa dialami oleh penghidap sinusitis akut dan kronik. Lapisan mukus pada hidung menjadi kemerahan dan membengkak dan bernanah.

Gejala sinusitis kronik mungkin tidak seteruk sinusitis akut; bagaimanapun, sinusitis kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti menjadi buta dan bengkak bernanah di bahagian otak.

 Sinusitis akut:

Hidung tersumbat dan berlendir.Mukus berkumpul di bahagian tekak, menyebabkan sakit tekak.Sakit kepala yang teruk.Sakit pada kawasan sekeliling mata atau tulang pipi atau sebahagian hidung atau di atas kepala atau dahi atau di bahagian gigi atas.Rasa sakit bertambah teruk apabila batuk, membongkok ke depan atau semasa baring dan berasa lega apabila kepala ditegakkan.Deman biasanya berlaku.Bahagian tulang pipi membengkak, kemerahan dan terasa lembutHidung berairGangguan penglihatan akibat tekanan ke bahagian otak

 Sinusitis kronik:

Hidung berair dan tersumbat berterusan serta rasa tidak selesa pada bahagian hidung antara kedua-dua mata atau bawah mata.Pengumpulan cecair mukus di bahagian tekak berterusan.Kesakitan bertambah teruk pada lewat pagi atau apabila memakai cermin mata dan mungkin lebih teruk apabila selsema.Sakit tekak dan bau nafas yang busuk secara berterusan.Sakit gigi atau gigi sensitif yang berpanjangan.Rasa tidak selesa sepanjang hari dan batuk bertambah teruk pada waktu malam.Sakit kepala yang berterusan.

TIPS PENJAGAAN

Minum segelas air atau jus buah setiap jam semasa jaga. Menyedut wap bermenthol seperti menggunakan Sutra Aromatherapy Pure oil atau Blended oil. boleh membantu pengaliran keluar cecair yang menyumbat hidung. Penggunaan Sutra Aromatherapy Sinus Away Pillow Spray juga boleh membantu mengurangkan masalah resdung anda. Hanya spray dan hidu.  Bagi membersihkan rongga hidung campurkan ¼ sudu kecil garam atau ¼ sudu kecil soda penaik dalam 8 auns (240ml) air suam dan gunakan untuk mencuci dan melegakan rongga dalam hidung. Dapatkan rehat yang mencukupi.Ambil makanan seimbang dan lebihkan makan buah-buahan.

 BAGAIMANA SINUSITIS BOLEH DICEGAH?

Selsema hendaklah dirawat dengan segera.Hembus hidung anda dengan perlahan.Minum banyak air apabila selsema supaya cecair mukus tidak terkumpul.Jauhi daripada asap rokok dan bahan pencemaran lain yang boleh menimbulkan radang pada rongga hidung. Perokok biasa menghidapi sinusitis. Elakkan daripada aktiviti berenang atau menyelam semasa menghidapi sinusitis kerana klorin dalam air kolam boleh merengsa selaput rongga hidung dan sinus.

 RAWATAN

Pembedahan, jika rawatan dengan ubat-ubatan gagal, pembedahan merupakan pilihan terakhir bagi merawat sinusitis kronik. Pembedahan dilakukan untuk melancarkan aliran cecair sinus dan mengurangkan sumbat pada rongga hidung.

Jika anda menghadapi sebarang tiga atau lebih tanda-tanda dan gejala berikut, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Petua legakan sinusitis atau resdung dengan 3 langkah sahaja.

Langkah 1: Tekan atau tolak lidah anda ke lelangit.

Langkah 2: Gunakan jari telunjuk anda dan tekan di bahagian dahi betul-betul di bahagian tengah antara kening mata kanan dan kening mata kiri. Rujuk gambar di bawah.

image

Langkah 3: Tekan di bahagian tersebut selama 20 saat dan mukus atau hingus akan mula keluar dari hidung anda.

Ketika anda tekan lidah ke lelangit, jangan tajamkan lidah. Relaxkan lidah dan tekan lelangit dengan lidah yang flat. Bila anda lepaskan lidah, akan ada sedikit pergerakan di bahagian kerongkong anda.

Cukup melegakan hidung dalam masa-masa kecemasan.

Selamat Mencuba!

Wytie Aromatheraphy Soap

image

WYTIE AROMATHERAPY SKIN SOLUTION SOAP

Mengandungi Arbutin, Aloe Vera, Tea tree, Glutathione, Vit A, Vit C, Vit E, Nano White.

Sabun ini dapat merawat masalah kulit seperti berikut :-

1. Merawat & Menghilangkan jerawat;
2. Merawat & Menghilangkan parut jerawat & cela;
3. Mengurangkan & menyelesaikan masalah jeragat;
4. Mengurangkan kedutan pada kulit;
5. Mencerahkan kulit yang kusam/gelap;
6. Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata;
7. Mencerahkan kulit dicelah2 lipatan;
8. Boleh digunakan untuk muka & badan;
9. Memberi kelembapan yang sempurna;
10. Mengurangkan dan menghilangkan tompok hitam;
11. Memudarkan parut akibat jerawat;
12. Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar & bermaya tanpa solekan yang tebal;
13. Menganjalkan kulit wajah dan badan;
14. Membantu merawat masalah Ekzema (Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan di mana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak juga akan menyembabkan kegatalan pada kulit);
15. Dapat menghilangkan parut;
** SELAMAT untuk ibu2 hamil dan anak2 seawal usia 3 tahun

image

Cara pengunaan Wytie Soap ini mudah sahaja. Basahkan kulit anda dengan air dan sapu wytie soap di muka dan kawasan badan yang anda inginkan. Kalau anda gunakannya sebagai pencuci muka lebihan sabun yang ada pada tapak tangan tu bolehlah disapukan ke tangan supaya tangan pun putih dan gebu dan tak membazir :). Biarkan selama 15 saat dan bilas.

Nak lagi cantik selepas cuci muka boleh guna Sutra Avera sebagai moisturizer dan lepas tu guna set Sutra Adriana Gorgeous

Bau sabun ini agak kuat dan semerbak wangi. Satu bilik air boleh bau hehehe.

Selamat mencuba!

Harga : RM29.90