Tag Archives: minyak pati

Khasiat minyak pati mawar atau rose pada kulit

Mawar secara meluas dianggap bunga yang paling indah di dunia. Bunga ini merupakan sebahagian daripada cerita -cerita di dalam legenda dan mitos. Tahukah anda Cleopatra banyak menggunakan minyak pati mawar di dalam semua produk-produk kecantikkannya atas tujuan awet muda dan kecantikkan. Dari segi perubatan minyak mawar atau rose ini mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi. Minyak pati mawar ini merupakan antara minyak pati yang termahal kerana ia mengambil puluhan ribu kelopak mawar untuk menghasilkan satu auns minyak pati.

Khasiatnya Rose Essential Oil boleh dikaitkan dengan sifatnya sebagai antidepresan, antiphlogistic, antiseptik, antispasmodic, antiviral, aphrodisiac, astringent, bactericidal, cholagogue, cicatrisant, depurative, emmenagogue, haemostatic, hepatic, laxative, nervine dan banyak lagi.

Contohnya jika anda mengalami masalah depresi atau rasa murung selepas bersalin dan stress cuba kaedah ini. Titiskan 5 titis rose essential oil dan 5 titis lavender essential oil ke dalam diffuser anda sebelum tidur. Cuba lihat mood anda keesokkan harinya. Semoga tips ini dapat memberi sedikit manfaat buat diri anda.

Ok jom saya cerita sedikit tentang kebaikkan minyak rose pada kulit kita ya. Minyak pati mawar atau rose essentail oil bagus untuk mengecutkan jerawat. Ini adalah kerana sifat-sifat pati mawar yang saya sebutkan seperti diatas dan mempunyai ejen anti radang. Apabila rose essential oil ditambah ke produk kulit anda, ia membuka kulit anda untuk menyerap lebih banyak bahan kimia dan nutrien. Disamping itu ianya juga dapat mengurangkan kemerahan pada wajah dan melembapkan kulit anda secara semulajadi.

Minyak rose juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit, mengawal penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis. Rose essential oil juga mampu menghaluskan kesan kedutan diwajah, anti penuaan dan menghalang pigmentasi. Sebab itulah Cleopatra sangat suka dengan minyak pati mawar atau rose ini.

Sekarang Sutra telah mengeluarkan produk Rose Otto skin care series yang terdiri dari shower gel, body lotion, body scrub, facial cleanser, facial mist, facial serum. Anda tak perlu bersusah payah untuk membuatnya sendiri. Malahan ianya juga ada ditambah dengan khasiat-khasiat lain selain minyak pati rose.

Tetapi jika anda ingin membuat set penjagaan anda sendiri dari minyak pati rose anda juga boleh dapatkan sebotol Sutra Rose Otto Pure Essential Oil dari kami… Mudahkan?

ION NEGATIF Vs ION POSITIF DI PERSEKITARAN KITA

Bestnya kalau dapat rehat santai macam “brother” dalam gambar tu..menikmati suasana pantai. Bayangkan kalau kita yang dapat rehat-rehat di pantai, mesti bestkan.

Kalau nak tahu, di kawasan pantai ni banyak ION NEGATIf. Begitu juga kalau kita ke kawasan air terjun dan juga kawasan hutan. Udara segar, nyaman dan tenang.

Berbanding kalau kita di kawasan bandar atau yang sedang membangun, atmosferanya dipenuhi oleh ION POSITIF yang terhasil daripada sisa industri, partikel asap kenderaan, dan medan electro-magnet. Malah kita juga selalu terdedah dengan ION POSITIF yang terhasil di skrin computer. Penyaman udara, lampu kalimantang juga menghasilkan ION POSITIF.

Apa yang anda faham dengan ION POSITIF dan ION NEGATIF ini. Apa kesannya kepada kita?

ION POSITIF yang terdapat di persekitaran dipercayai boleh menyumbang kepada keletihan, kekurangan tenaga, tekanan perasaan, kebimbangan dan mudah baran. ION POSITIF juga dilaporkan sebagai salah satu penyumbang kepada asthma dan kemurungan.

ION NEGATIF pula mempunyai kesan yang berlawanan daripada ION POSITIF di mana ianya meransang system saraf parasimpatetik yang mengawal keadaan rehat, ketenangan, pencernaan dan tidur anda. ION Negatif juga telah terbukti membantu mengurangkan masalah yang dihadapi peparu seperti asthma dan alergi. ION NEGATIF dilihat mampu mengekang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan kontaminasi dari udara seperti pollen, habuk, asap, dan virus yang boleh memburukkan lagi kesihatan peparu anda.

Jadi bagaimana cara untuk kita mengimbangi ION POSITIF dengan ION NEGATIF ini?

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan minyak pati (essential oils) kerana minyak pati menpunyai ciri-ciri melawa bakteria dan virus yang terdapat di udara. Penggunaan difusser dan penyegar udara semulajadi mampu memerangi masalah ni sekaligus memberikan persekitaran yang sihat. ION POSITIF sangat halus dan sangat mudah memasuki ke saluran darah melalui pernafasan kita.  Maka penggunaan minyak urutan aromatherapi dan produk berasaskan minyak pati juga mampu mengimbangi ION POSITIF yang terdapat di dalam darah. Minyak pati juga kaya dengan oksigen dan dengan kehadiran ION NEGATIF akan meningkatkan lagi kadar aliran oksigen ke otak sekaligus menyebabkan kita lebih peka (alert) dan mental lebih jelas dan sihat.

Jadi, nasihat kami dari SUTRA, minyak pati aromaterapi merupakan cara semulajadi yang terbaik untuk mencipta persekitaran yang sihat, tenang dan harmoni sekaligus meningkatkan tahap kesihatan luaran dan dalaman kita.

Kadar ion positif yang tinggi dalam system badan kita cenderung menghasil atau mencipta keadaan berasid. Keadaan berasid yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Seperti yang dijelaskan dalam Minyak pati mampu membantu mengimbangi ion positif (Acid) di dalam badan.

Apa yang Minyak pati boleh lakukan dalam kehidupan seharian adalah ianya boleh meningkatkan keALKALIan badan kita, bukan disebabkan ianya bersifat alkali tetapi cara mana ianya bertindakbalas dengan asid. Apabila darah di dalam tisu badan anda dalam keadaan asid, minyak pati akan berkompromi dalam apa bentuk yang sepatutnya dan menyimbangkan keadaan asid.

Asid memusnahkan molekul essential oil (memecahkan rantaian fitokimia) di dalam darah. Di sebalik proses kemusnahan minyak pati, terdapat kebaikan yang dicipta. Bahagian asid yang aggresif adalah ion Hidrogen Bebas (H+), yang mudah memberikan kesan tidak baik pada badan akan diNEUTRALkan oleh molekul minyak pati yang memasuki system badan kita. Apabila berlaku penurunan ion H+ di dalam badan, pH akan menaik kepada keadaan beralkali dan meningkatkan taraf kesihatan seseorang.

Ramai orang yang sebenarnya mempunyai keadaan berasid akan bertindakbalas secara negative dengan bauan dari minyak pati. “tak bestnya bau minyak nii..” , “busuknya spray ni..”.. Tindakbalas ini bukan disebabkan oleh bau minyak pati yang tidak enak, tetapi lebih kepada tindak balas minyak pati dalam menghapuskan toksin. Toksin itu yang sebenarnya mengeluarkan bau yang kurang enak. Apabila tahap keasidan dan toksin berkurang, mereka akan rasakan dan menikmati bau minyak pati yang wangi tersebut.

image

Fakta ini juga melibatkan mereka yang mempunyai personality “ASID” . Emosi negatif dan terganggu seperti benci, marah, kemurungan dan suka menyendiri bertindak sebagai “spiritual acids” yang melenyapkan kegembiraan dan kedamaian kita. Mereka yang bersifat “spiritual acids” akan bertindakbalas secara negative terhadap bau minyak pati. Pengedar SUTRA mungkin pernah mendengar ada antara pelanggan yang berkata “saya tak tahan dengan bau minyak ni”, “Jauhkan minyak / spray tu dari saya”. Ini selalu terjadi kepada SUTRA Aura7 kerana ianya terdiri daripada 7 jenis minyak pati. Reaksi ini memberi petunjuk yang pemikiran atau perasaan yang tidak menyenangkan akan tercetus apabila diganggu oleh bau minyak pati. Akibat tidak bersedia untuk menerimanya, mereka mengelak atau melarikan diri dari minyak pati.

Bagaimana pun keadaan ini akan berubah jika mereka tahan dan sentiasa menggunakan minyak pati. Seperti yang dijelaskan di atas tadi, tahap asid dan toksin akan berkurang hasil tindakbalas dengan minyak pati. Pengunaan produk berasaskan minyak pati yang konsisten mampu untuk mengimbangi tahap keasidan dan menghapuskan toksin yang terdapat di dalam badan kita.

Credit : sutraofficial

image