Tag Archives: kulit kusam

Rahsia dapatkan kulit kembali muda dan jimat belanja dengan rose otto skincare series

Nak tau macam mana nak dapatkan kulit kembali muda dan jimat belanja dengan rose otto skincare series?

Ok hari ini saya akan berceloteh tentang rose otto skincare series untuk beauty set sahaja. Sebenarnya rose otto skincare series ini ada dua bahagian. Bahagian penjagaan wajah yang saya gelar dia sebagai beauty set dan bahagian penjagaan badan. Set ini boleh digunakan oleh semua golongan termasuk remaja.

 

rose otto skincare series – beauty set

Seperti gambar di atas set ini cuma ada 3 produk sahaja dan cara menggunakannya pun mudah. Gunakan pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur. ok ini stepnya ya…

 

Step 1.

Gunakan Rose moisturiser and facial cleanser with Rose otto oil and lime oil seperti gambar bawah ni. Picitkan hanya sebesar buah saga atau pearl size sudah mencukupi (nak jimatkan hehe). Cuci bersih muka anda dan bilas dan lap kering. Saya dapati masalah jerawat saya mudah kecut dan kering disebabkan ada pati lime essential oil didalamnya. Ianya tidak membuatkan wajah anda terasa kering tetapi lembut. Kenapa saya cakap muka rasa lembut? sebab dia dah ada moisturiser kat dalam tu.. tak payah ada banyak-banyak produk kiranya macam 2 in 1 kan. Jimat duit dan jimat masa.

Step 1. rose otto skincare series moisturiser and facial cleanser gel

 

step 2.

Yang ini apa pulak ya? ok yang ini adalah spray muka atau spray mist. guna selepas cuci muka dan lap kering wajah kita. kemudian spray 2 kali dah cukup. Ratakan di wajah anda dan tepuk-tepuk manja kulit kita sampai dia serap. Spray mist ini  mempunyai rose floral water dan yuzu fruit extract dan artichoke. Ianya memberi kesan segar serta merta dan mempunyai  milk thristle extract untuk melindung kulit dari kesan penuaan. kiranya macam awet muda lah untuk bahasa yang lebih mudah difahami. Selain dari itu ianya juga bebas paraben dan mineral oil. Anda juga boleh gunakan spray mist ini selepas anda ber make-up. Ianya boleh membuatkan make-up anda tahan lebih lama. jimatkan? Satu produk pelbagai guna.

 

Step 2. rose otto skincare series soothing and balancing facial mist

 

step 3.

Akhir sekali gunakan facial serum ini. Saya suka sangat dengan facial serum ini sebab bila guna kulit saya jadi sangat lembut, pori makin halus, kulit tak kusam, bekas jerawat pun makin pudar dan yang paling best nampak kulit wajah saya kurang kedut. Saya boleh lihat perbezaan kulit saya dalam 2 minggu sahaja.  Saya cuma pam sekali sahaja sudah cukup untuk kegunaan kulit wajah saya. kalau rasa tak cukup pam lah 2 kali. pamkan sebesar biji saga atau pearl size sudah mencukupi. Bila dah sapu rata tepuk-tepuk manja lagi wajah anda dan bahagian leher. Serum ini boleh memberikan kelembapan pada wajah anda selama 72 jam! bukan 24 jam atau 12 jam ya… 72 jam! apa nak lagi kan… Kandungan dalam Serum ini sangat banyak. Ini petikan dalam brochure rose otto skincare series yang saya petik dalam bahasa inggeris.

SUTRA Rose 72H Moisture and Brightening Face Serum is rich in botanical extracts to provide optimum moisture, maintain skin elasticity and brighten your skin. Containing Prickly Pear extract to boost 72 hour moisturizing effect, Milk Thistle extract to prevent glycation process which can helps in increasing firmness and reducing wrinkles and line. While Bearberry extract which consist of natural Glutathione, essential fatty acid, Vitamin C, E and F will help in lightening skin pigmentation and finally brightening your skin.

Step 3. rose otto skincare series 72H moisture and brightening face serum

 

Jangan lupa ya lakukan proses ini setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Nak Cuba? boleh terus ke link ini.

Testimoni Sutra Facial Serum

Mungkin ramai yang tidak mengetahui Sutra facial serum adalah daripada extrak buah Melaka atau Phyllantus emblica apatah lagi mengetahui khasiat yang terkandung di dalam buah Melaka ini. Didalamnya mengandungi pelbagai mineral seperti vitamin C. Dikatakan 720mg vitamin C bagi setiap 100g isi buah yang segar, Zat Besi, Vitamin B Kompleks dan lain-lain.

Sutra facial serum memberi kebaikan pada kulit wajah dengan menganjalkan kulit muka serta mengurangkan tanda penuaan. Gunakan kedua2 facial serum ini untuk kesan yang lebih optimum.

~Melembapkan kulit wajah
~Mengurangkan garis kedutan
~Menghilangkan tompok-tompok hitam
~Menghilangkan jerawat dan jeragat
~Memberi kesegaran pada wajah
~Menegangkan kulit wajah
~Mencerahkan kulit wajah

Tahukah anda cara mengunakan sutra serum wajah dengan optimum? Kebiasaannya facial serum atau serum wajah adalah sangat mahal. Oleh itu kita harus mengetahui cara menggunakannya dengan betul supaya tidak membazir.

Terlebih dahulu jika anda pernah mengunakan produk serum lain adalah dinasihatkan untuk anda merehatkan kulit wajah anda sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mencuba produk wajah yang baru. Dengan cara ini penggunaan produk baru keatas wajah anda akan bertindak lebih efisien dan effektif berbanding jika anda tidak berhenti.

Cara atau tertib penggunaan serum juga berbeza.Boleh lihat carta dibawah supaya anda tidak terkeliru nak pakai atau apply yang mana satu ya.

Cara guna serum

 

Cuci muka dengan pencuci kegemaran anda kemudian lap kering wajah dan bolehlah guna seperti step diatas. Contoh diatas bermula dengan cleanser dan akhir sekali UV cream.

Set wajah sutra

Khas untuk produk SUTRA. Anda boleh menggunakkan pencuci wajah A’vera facial wash untuk wanita. Kemudian boleh gunakan Sutra M’blica Visible Lightening & Brightening Facial Serum seterusnya Avera soothing & moiturizing gel sebagai moisturizer dan akhir sekali bedak asas makeup kegemaran anda.

Pada sebelah malam sebelum tidur ulangi proses yang sama dan tukarkan Sutra M’blica Visible Lightening & Brightening Facial Serum kepada Sutra M’blica Visible Lifting & firming facial Mask. Keesokkannya cuci muka anda dan ulangi proses yang sama. Harus diingat ya produk ini adalah produk natural dan kesan kebaikkannya akan terlihat jika anda consistent dalam menggunakannya. 

Lelaki pun boleh menggunakan set ini sebenarnya. Kaum Adam hanya perlu menukarkan  Sutra Facial wash for women kepada Sutra Facial wash for men. Nak tahu yang mana satu? Boleh lihat disini.

Saya selitkan sekali testimoni Sutra facial Serum disini.

Testimoni sutra facial serum