Sutra Aromatherapy Blended Oil

Produk Sutra Aromatherapy Blended Oil adalah minyak pati campuran SUTRA yang direka khas dan mampu mengurangkan kerisauan.

Ianya juga mampu meningkatkan semangat, mengimbangi sistem saraf dan menyegarkan badan.

Tahukah anda dengan hanya 2-3 titik minyak pati ini mampu mengharumkan seluruh kediaman anda atau ruang tempat kerja atau istirehat ? Baunya yang harum mewangi dengan ciri-ciri tersendiri mampu membantu anda untuk lebih ceria, bertenaga dan tenang walaupun setelah seharian penat bekerja.

Selain mampu merehatkan minda, perasan marah atau sedih atau murung juga dapat dihindari. Ini amat penting didalam kita melalui kehidupan yang bahagia bersama insan-insan yang tersayang ataupun tatkala melaksanakan tugas-tugasan di pejabat.

Terdapat enam pilihan Aromatherapy Sutra Blended Oil yang disediakan

Sutra Blended Oil Energizing
Sutra Blended Oil Sleep Well
Sutra Blended Oil Calming
Sutra Blended Oil Sensual
Sutra Blended Oil Romance
Sutra Blended Oil Revitalizing

Harga : RM 35.00
Vol : 10 ml

Ianya boleh digunakan dalam 6 kaedah.

1.Bahan mandian.
Sediakan air mandi atau penuhkan tab mandi anda. Titiskan 5 titik blended oil pilihan anda dan mandi seperti biasa. Jika kulit anda sensitif kurangkan titisan tersebut. Untuk kesan yang lebih baik selepas mandi digalakkan untuk menggunakan Sutra Massage Oil untuk kesan kulit yang lebih anjal dan segar

2.Diffuser/Air purifier atau Burner.
letakkan air kedalam burner atau air purifier anda bersama 3 ke 5 titik titisan Sutra blended oil dan pasang atau nyalakan burner anda. Dengan cara ini seluruh ruang kerja atau rumah anda akan wangi dengan bauan aromaterapi yang menenangkan.

3.Minyak sapuan atau urutan beraromatherapy.
Sutra Aromatherapy Blended Oil juga boleh digunakan sebagai minyak urutan untuk seluruh badan. Caranya adalah dengan dicampurkan dengan minyak zaiton, grapeseed oil atau apa apa carrier oil yang sesuai dengan jenis kulit anda. Titiskan sebanyak 2 atau 3 titik Sutra blended oil bersama dengan minyak plihan anda mengikut keselesaan dan kesesuaian kulit anda. Jika anda tidak gemar membuat campuran minytak urutan badan anda sendiri digalakkan untuk anda memilih Sutra Massage Oil kerana ianya telah diadun bersama minyak carrier dan boleh terus digunakan dari botol.

4.Rendaman Kaki
Penuhkan baldi rendaman kaki dengan air suam dan titiskan 6 ke 8 titik Sutra Aromatherapy Blended Oil. Untuk lebih mudah anda juga boleh menggunakan Sutra Aromatherapy foot and bath Salts sebagai alternatif.

5.Stim bersama air panas
Ambil semangkuk air panas dan titiskan 5 titis Sutra Aromatherapy Blended Oil. Ambil sehelai kain atau tuala besar tutup kepala anda dan rapatkan muka anda ke mangkuk tadi dan bernafas secara perlahan-lahan. Tutup mata anda untuk mengelakkan sebarang kecederaan mata.

6.Sabun buatan sendiri
jika anda mahir atau pernah membuat sabun buku mandian sendiri anda boleh menggunakan blended oil ini untuk ditambah kedalam soap base anda.

Dengan hanya RM35.00 sebotol dapat digunakan dengan pelbagai kaedah dan kegunaan. jimatkan?

image

image