Review Rose otto skincare series exfoliating body cream scrub

Hari ini saya nak review Rose otto Skincare Series untuk exfoliating body cream scrub. Seperti anda sedia maklum Rose otto skincare series by sutra ada 6 produk. Kita review satu persatu ya bermula dengan exfoliating body cream scrub dengan campuran rose otto essential oil dan shea butter.

Untuk maklumat rose otto skincare series exfoliating body cream scrub ini adalah paraben free dan mineral oil free. Beratnya dalam 150ml atau 5.0 fl.oz. Harga RM 80.00 SM RM85.00 SS.

Masa mula-mula unboxing the product perkara pertama yang saya kesan ialah baunya yang sangat segar dan harum bau bunga ros sebenar. Tak tau bau ros sebenar macam mana? Senang cerita bau dia macam sirap ros yang selalu kita minum tu… tetapi yang ini baunya sangat segar dan tidak mencucuk hidung. Texture exfoliating body cream scrub ini mempunyai manik-manik halus dari kulit walnut. Saya scrub ditangan sampai manik-manik itu hilang. Ternyata kulit yang terkena scrub ini lebih lembab dan lembut. Lihat gambar kulit tangan saya berkilat berbanding dengan tangan yang tidak discrub. Rasa seperti ada lapisan kain baldu ditangan hehehe. Bau wanginya kekal dikulit. Jika kerap menggunakannya insyallah boleh juga mencerahkan kulit yang kusam. Lepas scrub tu jangan lupa bilas dengan air dan cuci dengan Rose otto skincare series aromatherapy shower gel. Di akhiri dengan rose otto skincare series anti-oxidant and energizing body lotion. Setelah 6 jam berlalu kulit saya masih lagi lembut dan lembab.

Selain shea butter dan rose otto essential oil kandungan Rose otto skincare series exfoliating body cream scrub ini juga mengandungi minyak zaiton, jojoba dan lain-lain lagi. Boleh lihat gambar dibawah untuk maklumat lanjut. Insyallah saya akan review lagi produk Rose Otto skincare series ini di lain masa.

rose otto skincare series exfoliating body cream scrub

Berminat nak order Rose otto skincare series exfoliating cream scrub by sutra ni dengan free postage? Jangan lupa tinggalkan pesanan anda di 0136010686.