Khasiat minyak pati mawar atau rose pada kulit

Mawar secara meluas dianggap bunga yang paling indah di dunia. Bunga ini merupakan sebahagian daripada cerita -cerita di dalam legenda dan mitos. Tahukah anda Cleopatra banyak menggunakan minyak pati mawar di dalam semua produk-produk kecantikkannya atas tujuan awet muda dan kecantikkan. Dari segi perubatan minyak mawar atau rose ini mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi. Minyak pati mawar ini merupakan antara minyak pati yang termahal kerana ia mengambil puluhan ribu kelopak mawar untuk menghasilkan satu auns minyak pati.

Khasiatnya Rose Essential Oil boleh dikaitkan dengan sifatnya sebagai antidepresan, antiphlogistic, antiseptik, antispasmodic, antiviral, aphrodisiac, astringent, bactericidal, cholagogue, cicatrisant, depurative, emmenagogue, haemostatic, hepatic, laxative, nervine dan banyak lagi.

Contohnya jika anda mengalami masalah depresi atau rasa murung selepas bersalin dan stress cuba kaedah ini. Titiskan 5 titis rose essential oil dan 5 titis lavender essential oil ke dalam diffuser anda sebelum tidur. Cuba lihat mood anda keesokkan harinya. Semoga tips ini dapat memberi sedikit manfaat buat diri anda.

Ok jom saya cerita sedikit tentang kebaikkan minyak rose pada kulit kita ya. Minyak pati mawar atau rose essentail oil bagus untuk mengecutkan jerawat. Ini adalah kerana sifat-sifat pati mawar yang saya sebutkan seperti diatas dan mempunyai ejen anti radang. Apabila rose essential oil ditambah ke produk kulit anda, ia membuka kulit anda untuk menyerap lebih banyak bahan kimia dan nutrien. Disamping itu ianya juga dapat mengurangkan kemerahan pada wajah dan melembapkan kulit anda secara semulajadi.

Minyak rose juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit, mengawal penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis. Rose essential oil juga mampu menghaluskan kesan kedutan diwajah, anti penuaan dan menghalang pigmentasi. Sebab itulah Cleopatra sangat suka dengan minyak pati mawar atau rose ini.

Sekarang Sutra telah mengeluarkan produk Rose Otto skin care series yang terdiri dari shower gel, body lotion, body scrub, facial cleanser, facial mist, facial serum. Anda tak perlu bersusah payah untuk membuatnya sendiri. Malahan ianya juga ada ditambah dengan khasiat-khasiat lain selain minyak pati rose.

Tetapi jika anda ingin membuat set penjagaan anda sendiri dari minyak pati rose anda juga boleh dapatkan sebotol Sutra Rose Otto Pure Essential Oil dari kami… Mudahkan?