Category Archives: Tip & Petua

Hapuskan kutu dengan essential oil

KISAH BENAR PASAL KUTU…

Malam semalam ada orang senawang wasap.. dia kata anak dia ada masalah kutu kepala yang extreme.. banyak sangat katanya.. menangis-nangis anak dia..garu kepala je bila buka tudung lepas balik sekolah..dah guna macam2 ubat tak hilang2 juga katanya.  Jadi dia tanya ada tak ubat kutu, minyak ke..apa2 je la yang boleh guna. 

Mana dapat no. saya?.. google pasal minyak..keluar SUTRA, keluar nama encik. Senawang pulak tu..dekat .. oooo

Saya kata, kenapa nak bagi ubat kat kutu..kutu sakit ke? Dia senyap..terkedu kot.  Hahaha…sempat lagi saya buat lawak..nasib dia tak marah.. 

Saya tak buat ubat untuk kutu, tapi kalau nak tolong halau kutu dari kepala boleh la. Then kali ni saya pulak kena.. dia tanya..kalau halau kutu, mau dia pergi kepala lain.. haha…dan2 saya betulkan ayat.. maksud saya nak buang (bunuh) kutu la..hahaha

Ok2..saya kata kena guna minyak pati tea tree, cinnamon dan nilam. Campur dalam minyak sayur.  

Oo…boleh2.. tapi saya takda semua tu. Kalau boleh saya nak malam ni juga..anak saya dah nangis2…gatal kepala. Kalau encik ada semua tu kat rumah..saya datang malam ni juga. 

Ok lah..datang la. Memang semua minyak tu ada kat rumah. Tak sampai 5 minit dia datang. Laju betul.

Saya buatkan campuran minyak tea tree, cinnamon dan patchouli.  Campur kan dengan minyak kelapa sawit (minyak masak) sebab minyak tu je ada. Buat dlm 100 ml. Cukup la guna 3 kali ni.

Saya kata kat dia..lumur kepala dengan minyak ni.. kemudian tutup kepala dengan kain, tudung ke or anak tudung. Then tido la.. 

Dia terus balik..takpe..tak payah bayar. Saya bagi je.. terus dia balik..esok bagi tahu saya. 

Dalam pukul 8 pagi dia call.. dia kata..encik… macam buat rambai la cik kutu tu jatuh bila buka anak tudung. Then bila sikat berlambak2 jatuh..semua dah mati..termasukkan telur.. tapi telur masih ada lagi di rambut. 

Saya kata..telur tu memang payah sikit la nak gugur.. tapi yang penting ibu anak kutu dah kurang or takda… potong je la rambut anak tu..dapat kurangkan telur..

Tanya lagi..ada gambar tak..boleh la saya share kat orang lain.. iskh..encik ni..geli la..siapa pulak nak ambik gambar kutu.. 

Best tak SUTRA? Best kan…..

Credit : sutra founder en khairil said

Kenapa setiap rumah perlu ada sutra avera gel

Kenapa setiap rumah perlu ada sutra avera gel?

Dua tiga minggu lepas saya ada menonton tv dan kebetulan topik yang dibincangkan adalah jika berlaku kemalangan seperti melecur pada kulit apa yang perlu kita buat..

1. Jika kulit terkena minyak atau air panas alirkan air paip ke kawasan yang cedera selama 20 minit

2. Jangan gunakan ais atau air batu kerana ia akan menjadikan kawasan yang cedera lebih parah

3. Jika ada aloe vera sapukan aloe vera ke kawasan yang cedera.

4. Jika luka gunakan iodine atau ubat kuning.

5. Balut kawasan yang cedera dengan sampul plastik makanan atau cling film dan bukan kain. Ini kerana plastik tidak melekat pada kulit. Jika kain ia boleh menyebabkan luka semakin besar dan parah.

6. Jika melecur kerana terbakar guna aloe vera atau lidah buaya kerana ianya bersifat sejuk dan dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan.

7.segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setiap rumah pastikan first aid anda ada sutra avera gel dan iodine ya. Malang tidak berbau…

Itulah sebab kenapa setiap rumah perlu ada sutra avera gel.

Bahan merbahaya yang perlu dielak ketika membeli produk penjagaan diri

Jom kita gali apa sebenarnya yang ada dalam produk penjagaan diri kita. Adakah ianya selamat?

Kita sering mendengar bahawa banyak produk-produk kegunaan harian kita mengandungi banyak bahan merbahaya tetapi kita tidak tahu apakah ia. Disini saya ingin kupaskan sedikit maklumat apakah bahan merbahaya yang perlu dielak ketika membeli produk penjagaan diri.

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa bahan merbahaya ini perlu ada dalam produk penjagaan diri dan mudah didapati. Kenapa tak haramkan terus betul tak? Sebenarnya banyak alternatif pihak pengilang atau pengeluar bahan penjagaan diri boleh pilih tetapi kebanyakkan pengguna itu sendiri akan memilih produk yang lebih murah dipasaran untuk produk-produk harian kita. betul tak? Oleh itu pengeluar terpaksa mencari alternatif yang lebih murah kosnya dan dalam masa yang sama memenuhi permintaan kita sebagai pengguna. Sebagai pengguna bijak kita harus memilih produk yang selamat dan dalam masa yang sama menjimatkan kita. Kalau pergi ke pasaraya rajin-rajin lah baca isi kandungan dibelakang setiap produk yang ada demi menjaga kesihatan anda dan keluarga anda untuk jangka panjang. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan mungkin akan memberi kesan dalam jangka panjang jika kita terlalu kerap menggunakan bahan merbahaya tersebut.

Didalam gambar rajah sumber daripada Natural Healthy Concept menyatakan 60% bahan merbahaya diserap oleh kulit kita ketika kita menggunakan produk penjagaan diri. Kanak-kanak pula menyerap 40-50% lebih dari orang dewasa… errkk!!! Bahayakan? macam ada time bomb pulak saya rasa hanya tunggu masa untuk meletup sahaja bila saya lihat gambar dibawah ini dan penyakit apa lah yang akan muncul pada diri saya nanti hhmmm.

 

 

Melalui pengamatan saya sendiri… bahan yang kerap digunakan oleh pengeluar penjagaan diri adalah SLS atau Sodium Lauryl Sulfate / Sodium Laureth Sulfate. Bahan ini perlu ada didalam produk penjagaan diri kerana ia boleh membuatkan sesuatu produk itu menghasilkan buih yang banyak. So jaga-jaga pada yang suka banyak buih ni…. manyak buih manyak bahaya lorrrr… Nak tau apa kesannya pada diri kita? lihat gambar rajah atas atau yang bawah tu ya… kat situ ada tulis. Jangan malas baca 😀

 

Untuk pengetahuan pembaca, kebanyakkan produk SUTRA tidak menggunakan SLS tetapi mereka menggunakan Sodium Lauroyl Methyl Isethionate. Mengikut artikel di Nature’s Aid Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah sejenis bahan mudah larut air yang diperolehi dari kelapa. Jangan mudah keliru dengan SLS atau Sodium Lauryl Sulfate ya kerana bunyinya pun macam dah seakan akan sama. Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah surfactant  yang sangat ringan dan dianggap sebagai salah satu yang paling selamat di pasaran.

 

 
Mengapa ia digunakan?
Surfaktan ini terdapat dalam kebanyakan produk pembersihan kerana ianya bersifat menyahkan minyak dan lemak manakala sesetengah surfaktan boleh mengeringkan dan merosakkan lapisan kulit kita.  Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah ringan dan lembut kerana ia mempunyai molekul yang besar. Ini  bermakna ia tidak boleh menembusi kulit dan oleh itu ia tidak merengsakan lapisan kulit kita sama sekali.
Satu lagi faedah Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah keupayaan bersabun atau leathering ability. Ramuan ini membolehkan syampu  dan perapi  mempunyai buih semulajadi berbanding produk yang bukan berasaskan produk alami.

 
Selamatkah ia?
Sebuah NGO yang dikenali sebagai EWG atau Environmental Working Group  yang berpangkalan di Washington, DC  telah mengklsifikasikan Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah sangat selamat, tidak toksik, tidak merengsakan kulit  dan mesra alam. Kiranya kalau di Malaysia kita ni macam Persatuan Pengguna lah fungsinya kan kan kan….

Selain SLS ada beberapa bahan lain yang perlu kita awasi juga seperti parabens,triclosan, benzoyl peroxide dan yang tertera di gambar rajah. Kalau kita sayangkan keluarga kita bertindaklah sekarang anda sebagai pengguna masih ada pilihan. Pilihlah produk terbaik untuk kesihatan diri anda dan keluarga tanpa mencederakan poket sendiri 🙂

Dari pengamatan saya kebanyakkan produk SUTRA  lebih tahan lama kerana ianya pekat dan menjimatkan. Hanya guna sedikit sahaja sudah memadai dan yang paling utama bahan merbahaya yang perlu dielak ketika membeli produk penjagaan diri selesai dengan SUTRA. Jadilah pengguna bijak kerana kuasa ditangan anda.

 

 

image

Tips cara kecilkan pori di wajah

TIPS :CARA NATURAL untuk KECILKAN PORI DI WAJAH :

Ambil towel kecil yang dibasahkan dengan air suam. Tekap di wajah untuk 2 minit. Kemudian ambil madu dan ratakan secara nipis di wajah.
Biarkan 20-30 minit hingga kering kemudian bilas dengan air suam.
Lakukan paling kurang seminggu sekali. Lebih baik 3 hari sekali.

Insyallah dengan cara ini ianya dapat membantu kecilkan pori diwajah anda. Selamat mencuba!

Nak lagi mudah gunakan serum Ardini Essentials. Masalah nak kecilkan pori, kulit kusam dapat diatasi…Keep it simple keep it natural.

Tips dibawakan oleh Serum rawatan wajah pertama di dunia berasaskan habatus sauda dan zaitun, Ardini Essentials

image

Cara pulihkan website anda dari Malware

Alhamdulillah… website saya yang cinonet ini baru sahaja bebas dari malware.

Biar saya cerita sedikit pengalaman saya yang sedih ini pada anda. Mungkin ada manfaat dan bantuan yang saya boleh kongsikan disini.

Masalah malware ini boleh terkena pada siapa-siapa sahaja. So pada pengusaha online macam saya ni kenalah berjaga-jaga.

Masalah malware ini bermula pada sekitar bulan oktober 2015 lalu. Pada mulanya saya dapatkan nasihat dari hosting provider saya tentang masalah ini.

Nasihat yang saya terima adalah tukar semua password website anda dengan segera termasuklah cpanel anda. Kemudian hubungi atau dapatkan khidmat professional yang boleh selesaikan masalah malware. Beliau mencadangkan saya menggunakan perkhidmatan  https://m.sitelock.com

image

Ok..
Saya hubungi sitelock dan mereka ada menghantar email kepada saya dan menyatakan siapa pegawai yang perlu saya hubungi untuk masalah ini. Seperti biasa saya balas email mereka dan menyatakan masalah saya. Setelah menunggu beberapa lama dan tiada tindakan selanjutnya. Saya mula gelisah. Mana tak gelisah ini punca pendapatan online saya dan tiba-tiba semuanya terhenti begitu sahaja. Marah pun ada, kecewa pun ada. Sedih betul masa tu…

Saya tak putus asa begitu sahaja… saya cuba cari lagi perkhidmatan professional yang ada sediakan servis memulihkan malware di website. Cari punya cari… saya terjumpa satu syarikat Malaysia yang menjadi agent kepada sitelock iaitu http://m.exabytes.my

image

Saya cuba hubungi mereka dan percubaan saya berjaya. Dari situ banyak timbal balas email berlaku. Saya langgani sitelock fix selama setahun dengan bayaran yang tertera di halaman mereka. Setelah diberi ftp account dan maklumat lain barulah website saya bebas dari malware. Beberapa hari lepas tu saya ada menerima notification di dashboard sitelock yang menyatakan website saya bebas dari malware dan mereka mencadangkan supaya saya menukar password dan segala maklumat sekuriti website saya.

Saya cuba google website saya dengan chrome tetapi masih ada lagi warning yang menyatakan website saya tidak selamat… hhmmm pelik…

Saya cuba pula menggunakan browser… alhamdullilah boleh! Apa yang saya sangkakan adalah betul… cuma google sahaja yang meletakkan warning tersebut. Fikiran saya mula terfikir pengguna banyak menggunakan search engine google nak banding yang lain. Apa lagi yang perlu saya buat untuk hilangkan notice tersebut. Saya mula google cara pulihkan malware pada website saya. Ta daaaaa…. saya jumpa jawapannya. Mula-mula agak pening juga nak faham… maklumlah saya bukan orang IT. Tapi takpe saya redah… saya google, tengok youtube dan lain-lain.

Untuk menghilangkan notice malware warning di google anda perlu daftarkan website anda ke google webmaster tools

image

Dari situ anda perlu memasukkan link website anda. Sila pastikan sebelum anda request untuk website anda di review oleh google hubungi pakar dahulu untuk menghilangkan masalah malware tersebut. Selagi masalah tersebut tidak selesai selagi itu google tidak akan hilangkan notice malware di google search. Bila dah siap… tunggu beberapa hari untuk google membuat kerja mereka pula… biasanya dalam 2 hari maksimum.

Sambil-sambil tu boleh lah cek sendiri di google search. Bila anda click ke website anda dan dah tiada page warning yang berwarna merah tu… bermakna anda sudah bebas dan berjaya.

Sebelum website saya kena hack atau malware selalunya ranking website saya berada di top 10 page 1 atau page 2. Selepas ni tak tau lah google akan index semula website saya atau tidak.
Thats for me to find out  and take actions.

Everything is back to square one now and I need to work harder. Wish me luck. Pada anda yang ada masalah sama dan nak tanya tu boleh lah whatsapp saya… saya sedia membantu… insyallah.

Semoga business internet anda berjaya dan dimurahkan rezeki hendaknya.

image

Petua putihkan gigi guna pisang

Ini petua paling senang, jimat dan kenyang untuk memutihkan gigi. Kenapa kenyang? Jom baca ni

image

Setelah makan pisang kulitnya jangan dibuang. Sebaliknya gunakan kulit pisang itu untuk digosok ke gigi anda. Gosok dibahagian dalam kulit tu ke gigi anda… bukan kulit pisang yang luar ya. Cubalah mudahkan? Perut pun kenyang hehehe

Pisang mempunyai banyak khasiat terutama untuk mencergaskan otak kita sebab kandungan potassium adalah amat tinggi. Kalau tak percaya cuba tengok monyet… mereka bijak, cergas dan kadang-kadang lebih bijak dari kita.

image

image

Lagi satu jangan dibuang pisang kalau ada tanda-tanda hitam seperti gambar diatas. Itu sebenarnya adalah TNF atau Tomur Necrosis Factor. Pisang yang seperti ini mempunyai faktor yang tinggi untuk melawan sel yang tidak normal. Semakin banyak tanda hitam bermakna semakin banyak khasiat pisang ini untuk menentang radikal cancer di dalam badan kita.

Semoga memberi manfaat pada anda dan selamat mencuba. Setiap ciptaan Allah itu ada nikmatnya jangan disia -siakan.

Tip cuci oven dengan sutra aromaterapi spray

Saya percaya hampir setiap rumah mempunyai oven. Disini saya nak kongsikan tip cuci oven dengan SUTRA aromaterapi spray. Minyak yang melekat di pintu kaca oven kadang-kadang memang sukar ditanggalkan. Saya sendiri mengalami masalah yang sama dengan oven saya.

Cara untuk cuci oven dengan SUTRA aromaterapi spray ini sangat mudah dan saya percaya bahan-bahannya memang sudah ada dirumah.

Jom kita lihat bahan-bahannya. Sediakan satu kain atau tisu untuk mencuci oven anda. Serbuk baking powder dan semestinya SUTRA Aromaterapi Spray Pandan.

Caranya adalah dengan menabur sedikit serbuk baking powder di permukaan cermin kaca oven anda dan spraykan SUTRA aromaterapi Spray. Kemudian gosok jangan tak gosok dengan kain atau tisu.

Lihatlah hasil pintu kaca oven dapur saya.. bersih, bebas bahan kimia dan wangi!

image

image

image

Tips urutan bayi dengan SUTRA Massage oil

Jom lihat gambar cara-cara dan tips urutan bayi dengan menggunakan SUTRA Massage oil Soothing. Seelok-eloknya urutan boleh dilakukan setiap kali lepas mandikan bayi anda. Semoga ianya dapat membantu bayi anda lebih selesa.

Kandungan didalam SUTRA Massage oil Soothing terdiri daripada Cajeputi, lavender, citurs lime, grape seed oil, sunflower oil dan rosemary.

SUTRA massage oil soothing ini mampu membantu memulihkan masalah sakit sendi dan otot untuk orang dewasa disamping dengan aroma yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang dan rileks. Satu keluarga boleh pakai dan tak rugi hehe.

image

Cara penggunaan SUTRA essential oil

SUTRA essential oil dikeluarkan dalam 3 jenis rangkaian iaitu SUTRA massage oil, SUTRA blended oil dan SUTRA pure essential oil.

Produk SUTRA essential oil mempunyai banyak kegunaan dan kebaikan. Ianya boleh digunakan dalam beberapa kaedah seperti rajah dibawah.

Selain daripada itu SUTRA pure essential oil juga digemari oleh homemakers yang suka membuat sendiri bahan-bahan keperluan diri dan rumah mereka. Ianya digunakan didalam proses membuat sabun, lotion, pelembab bibir, pembersih peralatan rumah dan sebagainya. Malah ianya lebih selamat kerana produk SUTRA essential oil terdiri dari pati bunga dan herba.

Untuk mengetahui lebih lanjut produk SUTRA essential oil anda boleh lihat SUTRA massage oil , SUTRA blended oil, SUTRA pure essential oil

image

1 2