Category Archives: Multipurpose Spray – Sajdah Rawdah

SUTRA Sajdah

Memperkenalkan SUTRA Sajdah Rumi & Rawdah. Produk ini fungsinya sama seperti produk Aromatherapy Multipurpose spray SUTRA yang lain. Bezanya adalah dari segi bauannya yang dikatakan kearah Mediterranean. Sangat sesuai digunakan diatas tikar sejadah atau tikar sembahyang terutamanya dibahagian sujud kerana ianya bersifat anti bakteria.

Boleh dapatkan SUTRA Sajdah sekarang dengan harga RM35.00 sebotol
Vol : 100ml

Menurut kaedah perubatan Nabawi (Nabi Muhammad s.a.w.) dan perubatan orang dari tamadun Yunani; bau-bauan terutamanya wangi-wangian amat besar pengaruhnya terhadap kecerdasan mental, kesihatan badan dan anggota batin keseluruhannya. Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal. Sebagaimana kekuatan badan bertambah kuat dengan makanan lahiriah, begitulah juga dengan roh dan akal bertambah kuat dengan makanan rohaniah iaitu wangi-wangian.

Kaedah ini terbukti berkesan dengan kemunculan sebuah sistem perubatan dengan menggunakan bau-bauan dalam dunia saintifik yang dikenali sebagai “Sistem Perubatan Aromatheraphy”. Kaum sufi Islam terutamanya yang berpusat di India, Khurasan dan Timur Tengah banyak menggunakan bau-bauan dan wangi-wangian untuk mengubati penyakit jantung, hati, gila, penyakit yang berjangkit pada alat kelamin dan saluran kencing, mengurangkan ketegangan (stress dan tension), memperbaiki emosi dan mood, MENINGKATKAN KECERDASAN MENTAL, meninggikan maqam kerohanian dan menyembuhkan pelbagai penyakit lain.

Ahli-ahli kebatinan seperti orang yang bertapa, pawang, bomoh dan ahli sihir juga menggunakan bau-bauan seperti kemenyan, kayu gaharu, colok dan sebagainya. Ia dipercayai menjadikan suatu amalan lebih mujarab. Orang-orang Buddha juga menggunakan colok dalam upacara sembahyang mereka. Orang-orang Hindu pula menggunakan bunga-bungaan di kuil mereka.

Perkara yang paling penting sekali ialah tubuh badan, tempat dan pakaian anda haruslah wangi. Jaga kebersihan badan, dalam bilik, rumah dan kereta. Gunakan wangi-wangian yang anda sukai. Wangi-wangian memiliki kuasa semulajadi yang kuat dalam menghasilkan ketajaman intelek, memelihara kesihatan badan dan emosi serta menolak perlbagai penyakit. Elakkan dari terdedah kepada bau yang sangat busuk kerana ia boleh menumpulkan fikiran dan melemahkan tubuh.

image

image