Category Archives: chocolate Marble Cheese cake

Chocolate marble cheese cake sedap

Chocolate marble cheese cake ini banyak memberi kenangan indah buat saya.

Saya adalah antara penggemar kek especially kek yang ada bersangkut paut dengan cheese.

Saya bertemu dengan chocolate marble cheese cake yang sedap ini ketika hari pertunangan my one and only beloved sister. Masa tu saya masih menuntut di salah satu pusat pengajian tinggi disini. Saya terus jatuh cinta dengan rasa cheesenya yang lembut, lemak dan cair bila didalam mulut. Coklatnya padat dan tidak terlalu pahit dan semestinya tidak terlalu manis.

Bila resepi sudah ada ditangan apa lagi saya buat dan makan sepuas-puasnya… hehe

Satu hari pada tahun 2004.. pejabat saya ada mengadakan jamuan hari raya dan setiap staff perlu membuat satu juadah untuk dirai bersama. Kesemua staff dan juga semua board of director hadir. Saya masih ingat lagi riak muka mereka semasa menjamu juadah saya. Sambil makan.. sambil angguk-angguk kepala, belek-belek kek yang ada dalam pinggan tu.. bila habis.. ambil lagi… saya diam je melihat gelagat masing-masing hehe. Tiba-tiba one of the board director bersuara dan bercakap the taste of this cake is on the right note. Not too sweet very chocollaty taste and the cheese is just balance up everything. Masa tu happy sangat sebab dia dapat rasa kek ni exactly macam mana saya rasa masa pertama kali dulu.

Alhamdulillah dari situlah tempahan bermula. Bermula dari officemate hinggalah kepada orang luar. Saya mendapat order semua dari pelanggan “word of mouth”. Masa tu saya tak promote kek saya secara besar-besaran… cukuplah dengan kawan-kawan saya dan suami. Lagipun saya bukan bakers hebat yang buat segala jenis kek yang ada dalam dunia ni… saya hanya fokus pada chocolate marble cheese cake ini sahaja.  Setiap pelanggan pasti akan repeat order dan semua feedback cakap makan tak puas sebab sedap sangat dan cepat habis 🙂

Setiap kali musim perayaan saya orang yang paling penat sebab kena siapkan orders… sampai ada yang terpaksa saya tolak sebab kalau tak… tak balik kampunglah saya untuk berhari raya hehehe.

Ramai pelanggan saya hampa sekarang kerana saya terpaksa stop permintaan mereka atas sebab kekangan masa dan anak-anak yang masih kecil ketika ini. Maafkan saya… insyaallah jika ada rezeki dan keadaan mengizinkan saya akan open for orders lagi my favourite chocolate marble cheese cake yang sedap ini.

image

image

image

image

image