Category Archives: Artikel

WATCH SUTRA YEAR END SALE 10 -31 Dec 2017

Alhamdulillah tahun 2017 sudah hampir untuk melabuhkan tirai. Tak lengkap jika saya tidak membuat Sutra YES kan? Sutra Year End Sale telah bermula dari 10 December Р31 December 2017. Diskaun sehingga 15% dan pembelian RM30 keatas layak untuk mendapatkan FREE SHIPPING dengan syarat anda beli disini https://shopee.com.my/neonateoutlet.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saya di http://aeimelia.wasap.my

Enjoy your YES! YES! YES!

 

ONLINE SALE IS ON

Suprise! Online sale sedang berlangsung dari 11/11/2017 sehingga 30/11/2017

Also grab the opportunity for Sutra lucky draw as well. Minimum purchase of RM30 only!

Not only that you can get free shipping including sabah and sarawak if your purchase is more than rm30 in one receipt.

Untungkan???

Apa tunggu lagi… jom Shopping!!

Serum wajah siang hari

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada yang berkenan? Click sini untuk beli.

Lucky Draw guna dan menang produk Sutra

Sempena meraikan ulangtahun TBE Sdn Bhd yang ke 10, pihak HQ sedang mengadakan Kempen GUNA & MENANG untuk setiap pengguna yang membeli minima RM30 pada satu resit, layak menyertai CABUTAN BERTUAH.

Kempen bermula dari 1 OKTOBER sehingga 30 NOVEMBER 2017.

Setiap pembeli yang membelanjakan RM30 untuk produk SUTRA perlu mengisi borang penyertaan yang boleh diperolehi daripada saya.

Andaikata anda membeli 1 resit dengan nilai RM100, maka hanya 3 borang boleh diberikan.

Borang perlu diemailkan berserta resit pembelian kepada pihak HQ pada atau sebelum 30 November 2017. Hantarkan email anda ke sutraofficial1@gmail.com

Cabutan akan dilakukan pada 9 Disember 2017. Setiap pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon.

Hadiah berupa:

Hadiah Utama: Telephone bimbit bernilai RM1000

1st: Hamper SUTRA bernilai RM400
2nd x 3: Aromatherapy diffuser bernilai RM 200
3rd x 10: Voucher SUTRA bernilai RM50

Jom sertai lucky draw guna dan menang produk Sutra. Bak kata orang tua-tua tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapalah yang tau betul tak?

Click sini untuk membeli produk Sutra. Semoga berjaya!

Berita-berita Sutra di media

Berikut adalah keratan-keratan akhbar dan majalah mengenai Sutra. Pernah satu ketika dahulu Sutra di bawah syarikat Tropical Bioessence Sdn Bhd muncul di kaca tv dalam rancangan majalah 3 tv3 mengenai extract penghasilan minyak pati pandan. Ini adalah sebahagian keratan yang sempat saya simpan dan kongsikan.

Review Rose otto skincare series exfoliating body cream scrub

Hari ini saya nak review Rose otto Skincare Series untuk exfoliating body cream scrub. Seperti anda sedia maklum Rose otto skincare series by sutra ada 6 produk. Kita review satu persatu ya bermula dengan exfoliating body cream scrub dengan campuran rose otto essential oil dan shea butter.

Untuk maklumat rose otto skincare series exfoliating body cream scrub ini adalah paraben free dan mineral oil free. Beratnya dalam 150ml atau 5.0 fl.oz. Harga RM 80.00 SM RM85.00 SS.

Masa mula-mula unboxing the product perkara pertama yang saya kesan ialah baunya yang sangat segar dan harum bau bunga ros sebenar. Tak tau bau ros sebenar macam mana? Senang cerita bau dia macam sirap ros yang selalu kita minum tu… tetapi yang ini baunya sangat segar dan tidak mencucuk hidung. Texture exfoliating body cream scrub ini mempunyai manik-manik halus dari kulit walnut. Saya scrub ditangan sampai manik-manik itu hilang. Ternyata kulit yang terkena scrub ini lebih lembab dan lembut. Lihat gambar kulit tangan saya berkilat berbanding dengan tangan yang tidak discrub. Rasa seperti ada lapisan kain baldu ditangan hehehe. Bau wanginya kekal dikulit. Jika kerap menggunakannya insyallah boleh juga mencerahkan kulit yang kusam. Lepas scrub tu jangan lupa bilas dengan air dan cuci dengan Rose otto skincare series aromatherapy shower gel. Di akhiri dengan rose otto skincare series anti-oxidant and energizing body lotion. Setelah 6 jam berlalu kulit saya masih lagi lembut dan lembab.

Selain shea butter dan rose otto essential oil kandungan Rose otto skincare series exfoliating body cream scrub ini juga mengandungi minyak zaiton, jojoba dan lain-lain lagi. Boleh lihat gambar dibawah untuk maklumat lanjut. Insyallah saya akan review lagi produk Rose Otto skincare series ini di lain masa.

rose otto skincare series exfoliating body cream scrub

Berminat nak order Rose otto skincare series exfoliating cream scrub by sutra ni dengan free postage? Jangan lupa tinggalkan pesanan anda di 0136010686.

Khasiat minyak pati mawar atau rose pada kulit

Mawar secara meluas dianggap bunga yang paling indah di dunia. Bunga ini merupakan sebahagian daripada cerita -cerita di dalam legenda dan mitos. Tahukah anda Cleopatra banyak menggunakan minyak pati mawar di dalam semua produk-produk kecantikkannya atas tujuan awet muda dan kecantikkan. Dari segi perubatan minyak mawar atau rose ini mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi. Minyak pati mawar ini merupakan antara minyak pati yang termahal kerana ia mengambil puluhan ribu kelopak mawar untuk menghasilkan satu auns minyak pati.

Khasiatnya Rose Essential Oil boleh dikaitkan dengan sifatnya sebagai antidepresan, antiphlogistic, antiseptik, antispasmodic, antiviral, aphrodisiac, astringent, bactericidal, cholagogue, cicatrisant, depurative, emmenagogue, haemostatic, hepatic, laxative, nervine dan banyak lagi.

Contohnya jika anda mengalami masalah depresi atau rasa murung selepas bersalin dan stress cuba kaedah ini. Titiskan 5 titis rose essential oil dan 5 titis lavender essential oil ke dalam diffuser anda sebelum tidur. Cuba lihat mood anda keesokkan harinya. Semoga tips ini dapat memberi sedikit manfaat buat diri anda.

Ok jom saya cerita sedikit tentang kebaikkan minyak rose pada kulit kita ya. Minyak pati mawar atau rose essentail oil bagus untuk mengecutkan jerawat. Ini adalah kerana sifat-sifat pati mawar yang saya sebutkan seperti diatas dan mempunyai ejen anti radang. Apabila rose essential oil ditambah ke produk kulit anda, ia membuka kulit anda untuk menyerap lebih banyak bahan kimia dan nutrien. Disamping itu ianya juga dapat mengurangkan kemerahan pada wajah dan melembapkan kulit anda secara semulajadi.

Minyak rose juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit, mengawal penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis. Rose essential oil juga mampu menghaluskan kesan kedutan diwajah, anti penuaan dan menghalang pigmentasi. Sebab itulah Cleopatra sangat suka dengan minyak pati mawar atau rose ini.

Sekarang Sutra telah mengeluarkan produk Rose Otto skin care series yang terdiri dari shower gel, body lotion, body scrub, facial cleanser, facial mist, facial serum. Anda tak perlu bersusah payah untuk membuatnya sendiri. Malahan ianya juga ada ditambah dengan khasiat-khasiat lain selain minyak pati rose.

Tetapi jika anda ingin membuat set penjagaan anda sendiri dari minyak pati rose anda juga boleh dapatkan sebotol Sutra Rose Otto Pure Essential Oil dari kami… Mudahkan?

Hapuskan kutu dengan essential oil

KISAH BENAR PASAL KUTU…

Malam semalam ada orang senawang wasap.. dia kata anak dia ada masalah kutu kepala yang extreme.. banyak sangat katanya.. menangis-nangis anak dia..garu kepala je bila buka tudung lepas balik sekolah..dah guna macam2 ubat tak hilang2 juga katanya.  Jadi dia tanya ada tak ubat kutu, minyak ke..apa2 je la yang boleh guna. 

Mana dapat no. saya?.. google pasal minyak..keluar SUTRA, keluar nama encik. Senawang pulak tu..dekat .. oooo

Saya kata, kenapa nak bagi ubat kat kutu..kutu sakit ke? Dia senyap..terkedu kot.  Hahaha…sempat lagi saya buat lawak..nasib dia tak marah.. 

Saya tak buat ubat untuk kutu, tapi kalau nak tolong halau kutu dari kepala boleh la. Then kali ni saya pulak kena.. dia tanya..kalau halau kutu, mau dia pergi kepala lain.. haha…dan2 saya betulkan ayat.. maksud saya nak buang (bunuh) kutu la..hahaha

Ok2..saya kata kena guna minyak pati tea tree, cinnamon dan nilam. Campur dalam minyak sayur.  

Oo…boleh2.. tapi saya takda semua tu. Kalau boleh saya nak malam ni juga..anak saya dah nangis2…gatal kepala. Kalau encik ada semua tu kat rumah..saya datang malam ni juga. 

Ok lah..datang la. Memang semua minyak tu ada kat rumah. Tak sampai 5 minit dia datang. Laju betul.

Saya buatkan campuran minyak tea tree, cinnamon dan patchouli.  Campur kan dengan minyak kelapa sawit (minyak masak) sebab minyak tu je ada. Buat dlm 100 ml. Cukup la guna 3 kali ni.

Saya kata kat dia..lumur kepala dengan minyak ni.. kemudian tutup kepala dengan kain, tudung ke or anak tudung. Then tido la.. 

Dia terus balik..takpe..tak payah bayar. Saya bagi je.. terus dia balik..esok bagi tahu saya. 

Dalam pukul 8 pagi dia call.. dia kata..encik… macam buat rambai la cik kutu tu jatuh bila buka anak tudung. Then bila sikat berlambak2 jatuh..semua dah mati..termasukkan telur.. tapi telur masih ada lagi di rambut. 

Saya kata..telur tu memang payah sikit la nak gugur.. tapi yang penting ibu anak kutu dah kurang or takda… potong je la rambut anak tu..dapat kurangkan telur..

Tanya lagi..ada gambar tak..boleh la saya share kat orang lain.. iskh..encik ni..geli la..siapa pulak nak ambik gambar kutu.. 

Best tak SUTRA? Best kan…..

Credit : sutra founder en khairil said

Sesi saya mengenali essential oil bersama founder Sutra

Pada cuti sekolah bulan March 2017 baru-baru ini saya sempat menambah ilmu belajar mengenai apa tu aromaterapi dengan lebih mendalam bersama founder Sutra sendiri iaitu Encik Mohd Khairil Said.

Al maklumlah latar belakang saya bukanlah dari science background mula- mula tu agak pening jugak lah nak memahami. Saya berasal dari accounting backgroud tapi apa-apa pun tak mustahil jika kita betul-betul berminat betul tak?

Kalau kita nak menjual produk tu mestilah kena ambil tahu macam mana ianya diproses, macam mana dihasilkan dan apa kandungan yang terkandung dalam sesuatu produk itu.

Itu yang saya seronok menjual produk sutra. Semuanya diajar dan dikongsi bersama. Malah idea-idea para stokis,ejen dan pelanggan juga diambil kira.

Sutra dihasilkan adalah untuk membantu pengguna mengatasi stress yang kita hadapi pada setiap hari dengan menggunakan aromaterapi. Oleh sebab itu lah sutra mempunyai lebih dari 70 produk termasuklah minyak pati atau essential oil, blended oil, therapeutic oil, massage oil, garam mandian, minyak wangi, alat kebersihan diri dan macam- macam lagi. Semuanya telah tersedia untuk digunakan.

Jika anda berminat untuk menjadi keluarga sutra anda juga digalakkan untuk menghadiri sesi sutra product knowledge ini. Sebelum anda membuat apa- apa keputusan untuk berniaga adalah lebih elok jika anda dapat hadiri sesi ini.

Keesokkannya puan Norazlina ramdzan selaku distribution center Johor ada membuka kelas marketing kepada para stokis dan ejen sutra. Beliau akan mengajar sesi offline, online, up selling, cross selling dan bermacam-macam lagi.

Bimbingan dan tunjuk ajar sentiasa diberi. Terpulang kepada kita sama ada kita mahu untuk berusaha atau tidak untuk menambah pendapatan sampingan keluarga kita.

Kalau anda berminat menjadi sebahagian dari keluarga sutra boleh hubungi saya. Tak kiralah ingin menjadi dropship, ejen atau pun stokis. Malah kalau anda berminat untuk membuka rangkaian kedai Sutra Shoppe pun di alu-alukan untuk bertanya.

Jom tengok gambar-gambar semasa sesi Sutra Produk Knowledge yang diadakan di Sutra Shoppe Shah Alam.

 

Kenapa setiap rumah perlu ada sutra avera gel

Kenapa setiap rumah perlu ada sutra avera gel?

Dua tiga minggu lepas saya ada menonton tv dan kebetulan topik yang dibincangkan adalah jika berlaku kemalangan seperti melecur pada kulit apa yang perlu kita buat..

1. Jika kulit terkena minyak atau air panas alirkan air paip ke kawasan yang cedera selama 20 minit

2. Jangan gunakan ais atau air batu kerana ia akan menjadikan kawasan yang cedera lebih parah

3. Jika ada aloe vera sapukan aloe vera ke kawasan yang cedera.

4. Jika luka gunakan iodine atau ubat kuning.

5. Balut kawasan yang cedera dengan sampul plastik makanan atau cling film dan bukan kain. Ini kerana plastik tidak melekat pada kulit. Jika kain ia boleh menyebabkan luka semakin besar dan parah.

6. Jika melecur kerana terbakar guna aloe vera atau lidah buaya kerana ianya bersifat sejuk dan dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan.

7.segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setiap rumah pastikan first aid anda ada sutra avera gel dan iodine ya. Malang tidak berbau…

Itulah sebab kenapa setiap rumah perlu ada sutra avera gel.

1 2 3 6