Category Archives: Pure Essential Oil

Rose otto essential oil

Rose Otto Essential oil

Vol : 5ml

Harga : RM200

Minyak pati rose diimport  dari Bulgaria ini atau lebih dikenali sebagai rose otto mempunyai khasiat yang tinggi dan amat menenangkan sesiapa yang menghidunya. Rose otto essential oil ini mempunyai frekuensi yang tertinggi sehingga dapat menaikkan mood anda jika anda terasa hendak demam. Malah jika anda mengalami masalah emosi tidak stabil minyak ini sangat bagus untuk anda. Rose otto essential oil banyak digunakan sebagai bahan utama untuk kecantikkan kulit wajah. Jika anda ingin membuat produk anda sendiri dengan menggunakan rose otto essential oil inilah produk yang anda patut cuba.

Hapuskan kutu dengan essential oil

KISAH BENAR PASAL KUTU…

Malam semalam ada orang senawang wasap.. dia kata anak dia ada masalah kutu kepala yang extreme.. banyak sangat katanya.. menangis-nangis anak dia..garu kepala je bila buka tudung lepas balik sekolah..dah guna macam2 ubat tak hilang2 juga katanya.  Jadi dia tanya ada tak ubat kutu, minyak ke..apa2 je la yang boleh guna. 

Mana dapat no. saya?.. google pasal minyak..keluar SUTRA, keluar nama encik. Senawang pulak tu..dekat .. oooo

Saya kata, kenapa nak bagi ubat kat kutu..kutu sakit ke? Dia senyap..terkedu kot.  Hahaha…sempat lagi saya buat lawak..nasib dia tak marah.. 

Saya tak buat ubat untuk kutu, tapi kalau nak tolong halau kutu dari kepala boleh la. Then kali ni saya pulak kena.. dia tanya..kalau halau kutu, mau dia pergi kepala lain.. haha…dan2 saya betulkan ayat.. maksud saya nak buang (bunuh) kutu la..hahaha

Ok2..saya kata kena guna minyak pati tea tree, cinnamon dan nilam. Campur dalam minyak sayur.  

Oo…boleh2.. tapi saya takda semua tu. Kalau boleh saya nak malam ni juga..anak saya dah nangis2…gatal kepala. Kalau encik ada semua tu kat rumah..saya datang malam ni juga. 

Ok lah..datang la. Memang semua minyak tu ada kat rumah. Tak sampai 5 minit dia datang. Laju betul.

Saya buatkan campuran minyak tea tree, cinnamon dan patchouli.  Campur kan dengan minyak kelapa sawit (minyak masak) sebab minyak tu je ada. Buat dlm 100 ml. Cukup la guna 3 kali ni.

Saya kata kat dia..lumur kepala dengan minyak ni.. kemudian tutup kepala dengan kain, tudung ke or anak tudung. Then tido la.. 

Dia terus balik..takpe..tak payah bayar. Saya bagi je.. terus dia balik..esok bagi tahu saya. 

Dalam pukul 8 pagi dia call.. dia kata..encik… macam buat rambai la cik kutu tu jatuh bila buka anak tudung. Then bila sikat berlambak2 jatuh..semua dah mati..termasukkan telur.. tapi telur masih ada lagi di rambut. 

Saya kata..telur tu memang payah sikit la nak gugur.. tapi yang penting ibu anak kutu dah kurang or takda… potong je la rambut anak tu..dapat kurangkan telur..

Tanya lagi..ada gambar tak..boleh la saya share kat orang lain.. iskh..encik ni..geli la..siapa pulak nak ambik gambar kutu.. 

Best tak SUTRA? Best kan…..

Credit : sutra founder en khairil said

Sutra Aromatherapy Pure Essential Oil

Minyak pati yang mempunyai seribu kegunaan pada tubuh kita. Gambarajah di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan untuk jenis-jenis pure essential oil yang sesuai bagi setiap masalah yang kita hadapi pada tubuh kita.

image

Minyak Pati Cajeputi (Kayu putih / Daun Gelam)
Sangat baik untuk mengatasi masalah pencernaan dan masalah kulit. Ia membantu mengimbangi minda dan merangsang fikiran. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik untuk saluran pernafasan dan melegakan sakit kepala, gout dan sakit sendi. Fungsinya adalah sama seperti minyak cap kapak. Ia membantu menghentikan darah akibat luka dan menyembuhkan luka dengan cepat.

Minyak Pati Daun Cinnamon (Kayu Manis) 
Membantu melawan keletihan, stress, rasa lemah. Memberi rasa ketenangan dan melawan tekanan. Membantu proses pencernaan, memberi kelegaan kepada otot dan sakit sendi seperti sengal-sengal. Membantu melancarkan perjalanan darah.

Minyak Pati Daun Nilam (Patchouli)

Sangat baik untuk mengatasi masalah tekanan dan sangat effektif untuk meningkatkan syahwat. Baik untuk masalah kulit, membantu mengatasi jangkitan dan gigitan serangga. Berfungsi untuk meningkatkan aliran air kencing dan mengurangkan selulit.

 

Minyak Pati Citrus Lime (Daun limau kasturi)
Sangat baik untuk menghilangkan tekanan dan kesedihan. Mandi dengan menggunakan citrus lime essential oil akan mampu melegakan demam. Memberi rasa ketenangan dan mampu melegakan demam. Membantu sistem pencernaan dan pernafasan serta meningkatkan selera makan, melembutkan kulit dan mengurangkan masalah bengkak.

Minyak Pati Lavender
Minyak ini menawarkan rasa ketenangan dan kedamaian yang membantu menghilangkan rasa tekanan. Sangat baik sebagai ubat antiseptik yang membantu mengubati demam, selsema dan sebagainya. Ianya juga sangat berguna untuk penyakit asma dan migrain. Ia mampu mengelakkan kesan calar dan mengimbangi kulit. Sangat berguna untuk sistem pencernaan dan sistem pernafasan. Bagus untuk otot dan sakit sengal-sengal.

Minyak Pati Citronella (Serai wangi)
Memberi rasa ketenangan, rangsangan, dan minda. Membersihkan udara kotor (bakteria)di dalam bilik dan membantu melegakan demam dan selsema. Sangat baik untuk mengatasi sengal-sengal, mengurangkan kulit berminyak dan kaki berpeluh. Bagus untuk mengatasi gangguan nyamuk.

Harga : Rm 35.00
Vol : 10 ml

image

Apa itu resdung

RESDUNG (SINUSITIS)

Sinus adalah ruang yang terdapat di antara tulang di sekitar bahagian hidung anda (bahagian berwarna merah dalam gambar). Semua ruang sinus ini bersambung antara satu sama lain. Ia berfungsi untuk melembabkan udara apabila anda bernafas.

image

APAKAH SINUSITIS?

Sinusitis berlaku apabila berlakunya keradangan dan pembengkakan pada lapisan sinus atau apabila pengaliran keluar cecair mukus daripada sinus tersekat. Ini akan menyebabkan sinus dipenuhi cecair.

Silia yang merupakan bulu-bulu halus dalam sinus biasanya dapat ‘menyapu’ mukus keluar ke rongga hidung. Apabila silia tidak berfungsi atau terdapat halangan di antara sinus dan rongga hidung, sinusitis (pembengkakan sinus) akan berlaku.
APAKAH YANG MENYEBABKAN SINUSITIS?

Biasanya sinusitis berpunca daripada jangkitan bakteria, selalunya berlaku selama beberapa hari. Ia sering terjadi akibat alahan pada hidung, lelah, asthma atau pencemaran udara yang menyebabkan tindak balas keradangan.

Selsema akibat jangkitan virus juga boleh menyebabkan ruang sinus tersumbat dan merebak kepada jangkitan bakteria. Sinusitis yang berlaku dalam keadaan sebegini dipanggil sinusitis akut.

Sinusitis boleh berlarutan (dipanggil sinusitis kronik) selama beberapa bulan, malah beberapa tahun. Individu yang kerap mengalami sinusitis atau berlarutan selama lebih daripada tiga bulan juga dikatakan menghidap sinusitis kronik.

Kulat juga boleh menyebabkan sinusitis kronik yang biasa berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai penyakit yang melemahkan sistem pertahanan badan seperti AIDS, leukimia dan kencing manis.

APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA SINUSITIS?

Sinusitis boleh berlaku tanpa mengira had umur. Sakit tekak dan batuk merupakan gejala yang paling biasa dialami oleh penghidap sinusitis akut dan kronik. Lapisan mukus pada hidung menjadi kemerahan dan membengkak dan bernanah.

Gejala sinusitis kronik mungkin tidak seteruk sinusitis akut; bagaimanapun, sinusitis kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti menjadi buta dan bengkak bernanah di bahagian otak.

 Sinusitis akut:

Hidung tersumbat dan berlendir.Mukus berkumpul di bahagian tekak, menyebabkan sakit tekak.Sakit kepala yang teruk.Sakit pada kawasan sekeliling mata atau tulang pipi atau sebahagian hidung atau di atas kepala atau dahi atau di bahagian gigi atas.Rasa sakit bertambah teruk apabila batuk, membongkok ke depan atau semasa baring dan berasa lega apabila kepala ditegakkan.Deman biasanya berlaku.Bahagian tulang pipi membengkak, kemerahan dan terasa lembutHidung berairGangguan penglihatan akibat tekanan ke bahagian otak

 Sinusitis kronik:

Hidung berair dan tersumbat berterusan serta rasa tidak selesa pada bahagian hidung antara kedua-dua mata atau bawah mata.Pengumpulan cecair mukus di bahagian tekak berterusan.Kesakitan bertambah teruk pada lewat pagi atau apabila memakai cermin mata dan mungkin lebih teruk apabila selsema.Sakit tekak dan bau nafas yang busuk secara berterusan.Sakit gigi atau gigi sensitif yang berpanjangan.Rasa tidak selesa sepanjang hari dan batuk bertambah teruk pada waktu malam.Sakit kepala yang berterusan.

TIPS PENJAGAAN

Minum segelas air atau jus buah setiap jam semasa jaga. Menyedut wap bermenthol seperti menggunakan Sutra Aromatherapy Pure oil atau Blended oil. boleh membantu pengaliran keluar cecair yang menyumbat hidung. Penggunaan Sutra Aromatherapy Sinus Away Pillow Spray juga boleh membantu mengurangkan masalah resdung anda. Hanya spray dan hidu.  Bagi membersihkan rongga hidung campurkan ¼ sudu kecil garam atau ¼ sudu kecil soda penaik dalam 8 auns (240ml) air suam dan gunakan untuk mencuci dan melegakan rongga dalam hidung. Dapatkan rehat yang mencukupi.Ambil makanan seimbang dan lebihkan makan buah-buahan.

 BAGAIMANA SINUSITIS BOLEH DICEGAH?

Selsema hendaklah dirawat dengan segera.Hembus hidung anda dengan perlahan.Minum banyak air apabila selsema supaya cecair mukus tidak terkumpul.Jauhi daripada asap rokok dan bahan pencemaran lain yang boleh menimbulkan radang pada rongga hidung. Perokok biasa menghidapi sinusitis. Elakkan daripada aktiviti berenang atau menyelam semasa menghidapi sinusitis kerana klorin dalam air kolam boleh merengsa selaput rongga hidung dan sinus.

 RAWATAN

Pembedahan, jika rawatan dengan ubat-ubatan gagal, pembedahan merupakan pilihan terakhir bagi merawat sinusitis kronik. Pembedahan dilakukan untuk melancarkan aliran cecair sinus dan mengurangkan sumbat pada rongga hidung.

Jika anda menghadapi sebarang tiga atau lebih tanda-tanda dan gejala berikut, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Petua legakan sinusitis atau resdung dengan 3 langkah sahaja.

Langkah 1: Tekan atau tolak lidah anda ke lelangit.

Langkah 2: Gunakan jari telunjuk anda dan tekan di bahagian dahi betul-betul di bahagian tengah antara kening mata kanan dan kening mata kiri. Rujuk gambar di bawah.

image

Langkah 3: Tekan di bahagian tersebut selama 20 saat dan mukus atau hingus akan mula keluar dari hidung anda.

Ketika anda tekan lidah ke lelangit, jangan tajamkan lidah. Relaxkan lidah dan tekan lelangit dengan lidah yang flat. Bila anda lepaskan lidah, akan ada sedikit pergerakan di bahagian kerongkong anda.

Cukup melegakan hidung dalam masa-masa kecemasan.

Selamat Mencuba!