Category Archives: Aromatheraphy

Rahsia dapatkan kulit kembali muda dan jimat belanja dengan rose otto skincare series

Nak tau macam mana nak dapatkan kulit kembali muda dan jimat belanja dengan rose otto skincare series?

Ok hari ini saya akan berceloteh tentang rose otto skincare series untuk beauty set sahaja. Sebenarnya rose otto skincare series ini ada dua bahagian. Bahagian penjagaan wajah yang saya gelar dia sebagai beauty set dan bahagian penjagaan badan. Set ini boleh digunakan oleh semua golongan termasuk remaja.

 

rose otto skincare series – beauty set

Seperti gambar di atas set ini cuma ada 3 produk sahaja dan cara menggunakannya pun mudah. Gunakan pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur. ok ini stepnya ya…

 

Step 1.

Gunakan Rose moisturiser and facial cleanser with Rose otto oil and lime oil seperti gambar bawah ni. Picitkan hanya sebesar buah saga atau pearl size sudah mencukupi (nak jimatkan hehe). Cuci bersih muka anda dan bilas dan lap kering. Saya dapati masalah jerawat saya mudah kecut dan kering disebabkan ada pati lime essential oil didalamnya. Ianya tidak membuatkan wajah anda terasa kering tetapi lembut. Kenapa saya cakap muka rasa lembut? sebab dia dah ada moisturiser kat dalam tu.. tak payah ada banyak-banyak produk kiranya macam 2 in 1 kan. Jimat duit dan jimat masa.

Step 1. rose otto skincare series moisturiser and facial cleanser gel

 

step 2.

Yang ini apa pulak ya? ok yang ini adalah spray muka atau spray mist. guna selepas cuci muka dan lap kering wajah kita. kemudian spray 2 kali dah cukup. Ratakan di wajah anda dan tepuk-tepuk manja kulit kita sampai dia serap. Spray mist ini  mempunyai rose floral water dan yuzu fruit extract dan artichoke. Ianya memberi kesan segar serta merta dan mempunyai  milk thristle extract untuk melindung kulit dari kesan penuaan. kiranya macam awet muda lah untuk bahasa yang lebih mudah difahami. Selain dari itu ianya juga bebas paraben dan mineral oil. Anda juga boleh gunakan spray mist ini selepas anda ber make-up. Ianya boleh membuatkan make-up anda tahan lebih lama. jimatkan? Satu produk pelbagai guna.

 

Step 2. rose otto skincare series soothing and balancing facial mist

 

step 3.

Akhir sekali gunakan facial serum ini. Saya suka sangat dengan facial serum ini sebab bila guna kulit saya jadi sangat lembut, pori makin halus, kulit tak kusam, bekas jerawat pun makin pudar dan yang paling best nampak kulit wajah saya kurang kedut. Saya boleh lihat perbezaan kulit saya dalam 2 minggu sahaja.  Saya cuma pam sekali sahaja sudah cukup untuk kegunaan kulit wajah saya. kalau rasa tak cukup pam lah 2 kali. pamkan sebesar biji saga atau pearl size sudah mencukupi. Bila dah sapu rata tepuk-tepuk manja lagi wajah anda dan bahagian leher. Serum ini boleh memberikan kelembapan pada wajah anda selama 72 jam! bukan 24 jam atau 12 jam ya… 72 jam! apa nak lagi kan… Kandungan dalam Serum ini sangat banyak. Ini petikan dalam brochure rose otto skincare series yang saya petik dalam bahasa inggeris.

SUTRA Rose 72H Moisture and Brightening Face Serum is rich in botanical extracts to provide optimum moisture, maintain skin elasticity and brighten your skin. Containing Prickly Pear extract to boost 72 hour moisturizing effect, Milk Thistle extract to prevent glycation process which can helps in increasing firmness and reducing wrinkles and line. While Bearberry extract which consist of natural Glutathione, essential fatty acid, Vitamin C, E and F will help in lightening skin pigmentation and finally brightening your skin.

Step 3. rose otto skincare series 72H moisture and brightening face serum

 

Jangan lupa ya lakukan proses ini setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Nak Cuba? boleh terus ke link ini.

Sutra Fig exfoliating body wash

Sutra Fig Exfoliating Body wash yang dikeluarkan oleh SUTRA adalah satu kombinasi terbaik dengan menggunakan ekstrak buah Tin dan juga Minyak Pati Lemon untuk membersihkan badan di samping memberi rasa kesegaran dan juga melembutkan kulit.
Buah Tin ini mengandungi anti oksidan yang tinggi, Vitamin A, C, B1, B2, B6, memberi rasa kelembutan dan melembapkan kulit setelah seharian terdedah dengan persekitaran luar.
Kandungan “coumarins” pada buah tin dapat membersihkan kulit dan mencegah serta menyembuhkan jerawat.
Menariknya shower gel ini dari yang lain kerana ia mengandungi bijian daripada kulit kacang walnut di tambah pula dengan enzim dari buah Tin yang berfungsi membersihkan kulit anda dengan lebih mendalam serta membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan kekotoran. Hasilnya, anda akan dapati kulit anda lebih lembut dan bermaya.

SUTRA FIG Exfoliating Body Wash
FIG exfoliating body wash
Vol.250ml

RM38.00

Jom Click sini untuk beli dan percuma free shipping

fig body wash mempunyai scrub halus dari kacang walnut

Berita-berita Sutra di media

Berikut adalah keratan-keratan akhbar dan majalah mengenai Sutra. Pernah satu ketika dahulu Sutra di bawah syarikat Tropical Bioessence Sdn Bhd muncul di kaca tv dalam rancangan majalah 3 tv3 mengenai extract penghasilan minyak pati pandan. Ini adalah sebahagian keratan yang sempat saya simpan dan kongsikan.

Rose otto essential oil

Rose Otto Essential oil

Vol : 5ml

Harga : RM200

Minyak pati rose diimport  dari Bulgaria ini atau lebih dikenali sebagai rose otto mempunyai khasiat yang tinggi dan amat menenangkan sesiapa yang menghidunya. Rose otto essential oil ini mempunyai frekuensi yang tertinggi sehingga dapat menaikkan mood anda jika anda terasa hendak demam. Malah jika anda mengalami masalah emosi tidak stabil minyak ini sangat bagus untuk anda. Rose otto essential oil banyak digunakan sebagai bahan utama untuk kecantikkan kulit wajah. Jika anda ingin membuat produk anda sendiri dengan menggunakan rose otto essential oil inilah produk yang anda patut cuba.

Produk terbaru Rose otto skincare series dari Sutra

Memperkenalkan produk terbaru dari sutra Rose Otto skincare series yang menampilkan 6 jenis produk yang pasti buat anda terliur.

Kepada peminat Rose Otto boleh lah start kumpul duit ya untuk miliki produk sensasi ini.

Rose Otto tu apa ya? Rose Otto tu adalah minyak pati atau essential oil dari kelopak bunga rose yang diimport khas dari Bulgaria.

Essential oil Rose Otto mempunyai frekuensi yang tertinggi dibandingkan dengan essential oil lain. Ini bermaksud ianya dapat mempengaruhi tindakbalas emosi, fizikal dan mental kita dengan sangat baik dan mempunyai khasiat yang sangat banyak utk tubuh manusia.

Jom lihat gambar produk terbaru Sutra Rose Otto Skincare Series ni.

Yang menarik perhatian saya adalah pada face serumnya. Nak tau kenapa? Nanti saya tulis lagi ya for next entry.

Halfest akan berlangsung pada 23- 27 August 2017 di Mines Exhibition Center Kuala Lumpur from 11am – 9 pm. Boleh lah ke booth sutra no 521 disana untuk cuba Rose Otto skincare series ni sendiri. Ntah-ntah ada harga runtuh pihak Sutra nak buat kot… Jom pi 😊

Hapuskan kutu dengan essential oil

KISAH BENAR PASAL KUTU…

Malam semalam ada orang senawang wasap.. dia kata anak dia ada masalah kutu kepala yang extreme.. banyak sangat katanya.. menangis-nangis anak dia..garu kepala je bila buka tudung lepas balik sekolah..dah guna macam2 ubat tak hilang2 juga katanya.  Jadi dia tanya ada tak ubat kutu, minyak ke..apa2 je la yang boleh guna. 

Mana dapat no. saya?.. google pasal minyak..keluar SUTRA, keluar nama encik. Senawang pulak tu..dekat .. oooo

Saya kata, kenapa nak bagi ubat kat kutu..kutu sakit ke? Dia senyap..terkedu kot.  Hahaha…sempat lagi saya buat lawak..nasib dia tak marah.. 

Saya tak buat ubat untuk kutu, tapi kalau nak tolong halau kutu dari kepala boleh la. Then kali ni saya pulak kena.. dia tanya..kalau halau kutu, mau dia pergi kepala lain.. haha…dan2 saya betulkan ayat.. maksud saya nak buang (bunuh) kutu la..hahaha

Ok2..saya kata kena guna minyak pati tea tree, cinnamon dan nilam. Campur dalam minyak sayur.  

Oo…boleh2.. tapi saya takda semua tu. Kalau boleh saya nak malam ni juga..anak saya dah nangis2…gatal kepala. Kalau encik ada semua tu kat rumah..saya datang malam ni juga. 

Ok lah..datang la. Memang semua minyak tu ada kat rumah. Tak sampai 5 minit dia datang. Laju betul.

Saya buatkan campuran minyak tea tree, cinnamon dan patchouli.  Campur kan dengan minyak kelapa sawit (minyak masak) sebab minyak tu je ada. Buat dlm 100 ml. Cukup la guna 3 kali ni.

Saya kata kat dia..lumur kepala dengan minyak ni.. kemudian tutup kepala dengan kain, tudung ke or anak tudung. Then tido la.. 

Dia terus balik..takpe..tak payah bayar. Saya bagi je.. terus dia balik..esok bagi tahu saya. 

Dalam pukul 8 pagi dia call.. dia kata..encik… macam buat rambai la cik kutu tu jatuh bila buka anak tudung. Then bila sikat berlambak2 jatuh..semua dah mati..termasukkan telur.. tapi telur masih ada lagi di rambut. 

Saya kata..telur tu memang payah sikit la nak gugur.. tapi yang penting ibu anak kutu dah kurang or takda… potong je la rambut anak tu..dapat kurangkan telur..

Tanya lagi..ada gambar tak..boleh la saya share kat orang lain.. iskh..encik ni..geli la..siapa pulak nak ambik gambar kutu.. 

Best tak SUTRA? Best kan…..

Credit : sutra founder en khairil said

Sutra the traveller kit

NEW PRODUCT SUTRA The Traveller akan dikeluarkan bermula pada 27Mei 2017 istimewa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Didatangkan dengan 4 produk yang berlainan bersaiz mini 10ml setiap satu bagi membantu memberi rasa kesegaran serta mengekalkan ‘mood’ positif sepanjang hari. Bersaiz mini, mudah dibawa, ringan serta boleh dibawa menaiki pesawat menjadikan ianya satu set yang sangat tepat bagi mereka yang ingin bercuti dan melakukan perjalanan yang jauh.

FOCUS ‘Aromatherapy Roller Ball’ merupakan satu formulasi sempurna bagi menyegarkan minda dan fikiran agar lebih fokus. Sangat ideal bagi mereka yang ingin menelaah pelajaran dan juga fokus dalam bekerja. Sapukan di belakang leher atau di pergelangan tangan dan urut perlahan-lahan.
(Sunflower, Grape seed, Grapefruit oil, Basil, Lemon, Rosemary, Peppermint dan Vitamin E).

ENERGY didatangkan dengan bentuk Roller Ball juga adalah satu produk terbaik bagi mengekalkan serta meningkatkan tenaga fizikal dan minda anda agar sentiasa positif dan bersemangat. Sapukan di belakang leher atau di pergelangan tangan dan urut perlahan-lahan.
(Sunflower, Grape seed, Eucalyptus, Peppermint, Cajeputi, Vitamin E).

AWAKEN juga didatangkan dalam bentuk Roller Ball khas untuk membantu memberi rasa kelegaan bagi mereka yang sering berasa pening, mual dan loya serta mabuk ketika berada dalam perjalanan yang jauh, mengalami mabuk laut dan mabuk ketika berada di kawasan yang tinggi. Sapukan di belakang leher atau di pergelangan tangan dan urut perlahan-lahan.
(Sunflower, Grape Seed, Lemon, Orange, Grape fruit, Citrus Lime, Bergamot and Vitamin E).

A’VERA kali ini istimewa dari yang lain kerana dikeluarkan dalam bentuk spray ini merupakan pelembap kulit semulajadi terbaik saat anda terdedah dengan cuaca yang panas. Menyegarkan serta melindungi kulit kering akibat terhidrasi. Mudah digunakan, hanya sembur di permukaan kulit dan sapu sehingga meresap.
(Aloevera, Watermelon, Cucumber, Tea Tree, Vitamin E, Peppermint Oil)

Siapa yang sesuai untuk set sutra the traveller ini? Sutra the traveller ini khas untuk mereka yang aktif berjalan atas urusan kerja atau keluarga. Pelajar yang perlukan konsentrasi yang optimum, Ibu-ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga. Sesuai sangat nak guna bila balik kampung nanti… maklumlah jalan sesak dimana-mana. Bila guna set sutra the traveller ni semasa memandu taklah stress sangat kan..😋

Pre order sutra the traveller limited edition dibuka sekarang

Harga : rm60 per set tidak termasuk kos pos

Hadiah hari guru murah

Hari guru dah dekat jom lah order mini hand bouquet sutra untuk hari guru ni..

Murah jer cuma rm10 tak termasuk pos. Kat hadiah hari guru tu saya letak shampoo cassia dan edp perfume dan voucher. Sure cikgu- cikgu suka sebab wangi.. hilang stress cikgu nanti kan.. Bila cikgu tak stress anak murid pun akan dapat tempiasnya nanti hehe 😊

Yang ini pula rm5. Barang yang sama cumai di dalam kotak gift yang kecil.

Kalau berminat boleh terus whatsapp saya di 0136010686.

Terima kasih

Selamat hari guru untuk cikgu cikgu satu Malaysia.

 

Sutra raya gift set

Sutra raya gift set ada banyak pilihan. Cukup mudah dan berbaloi jika anda ingin jadikan ianya sebagai hadiah, cerderahati untuk majlis berbuka puasa, majlis jamuan hari raya atau pun sebagai hamper mini raya tahun ini.

Dapatkan sutra raya gift set ini dengan harga serendah rm30.00 sahaja.

Sutra raya gift set ini limited edition dan biasanya pihak sutra tak keluarkan banyak. Maka jika anda berminat bolehlah buat tempahan dari sekarang.

Pre order dibuka sekarang dan jika berminat boleh hubungi saya atau tinggalkan message anda di chat message yang berwarna biru tu ya.

Kalau nak buat hamper pun boleh tau dengan Sutra raya gift set ni.. 😊

Hujung bulan April saya dah nak tutup order dah.. kalau lambat maaflah ya.. 😁

 

Contoh gift set Sutra.

 

 

1 2 3 6