Bahan merbahaya yang perlu dielak ketika membeli produk penjagaan diri

Jom kita gali apa sebenarnya yang ada dalam produk penjagaan diri kita. Adakah ianya selamat?

Kita sering mendengar bahawa banyak produk-produk kegunaan harian kita mengandungi banyak bahan merbahaya tetapi kita tidak tahu apakah ia. Disini saya ingin kupaskan sedikit maklumat apakah bahan merbahaya yang perlu dielak ketika membeli produk penjagaan diri.

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa bahan merbahaya ini perlu ada dalam produk penjagaan diri dan mudah didapati. Kenapa tak haramkan terus betul tak? Sebenarnya banyak alternatif pihak pengilang atau pengeluar bahan penjagaan diri boleh pilih tetapi kebanyakkan pengguna itu sendiri akan memilih produk yang lebih murah dipasaran untuk produk-produk harian kita. betul tak? Oleh itu pengeluar terpaksa mencari alternatif yang lebih murah kosnya dan dalam masa yang sama memenuhi permintaan kita sebagai pengguna. Sebagai pengguna bijak kita harus memilih produk yang selamat dan dalam masa yang sama menjimatkan kita. Kalau pergi ke pasaraya rajin-rajin lah baca isi kandungan dibelakang setiap produk yang ada demi menjaga kesihatan anda dan keluarga anda untuk jangka panjang. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan mungkin akan memberi kesan dalam jangka panjang jika kita terlalu kerap menggunakan bahan merbahaya tersebut.

Didalam gambar rajah sumber daripada Natural Healthy Concept menyatakan 60% bahan merbahaya diserap oleh kulit kita ketika kita menggunakan produk penjagaan diri. Kanak-kanak pula menyerap 40-50% lebih dari orang dewasa… errkk!!! Bahayakan? macam ada time bomb pulak saya rasa hanya tunggu masa untuk meletup sahaja bila saya lihat gambar dibawah ini dan penyakit apa lah yang akan muncul pada diri saya nanti hhmmm.

 

 

Melalui pengamatan saya sendiri… bahan yang kerap digunakan oleh pengeluar penjagaan diri adalah SLS atau Sodium Lauryl Sulfate / Sodium Laureth Sulfate. Bahan ini perlu ada didalam produk penjagaan diri kerana ia boleh membuatkan sesuatu produk itu menghasilkan buih yang banyak. So jaga-jaga pada yang suka banyak buih ni…. manyak buih manyak bahaya lorrrr… Nak tau apa kesannya pada diri kita? lihat gambar rajah atas atau yang bawah tu ya… kat situ ada tulis. Jangan malas baca 😀

 

Untuk pengetahuan pembaca, kebanyakkan produk SUTRA tidak menggunakan SLS tetapi mereka menggunakan Sodium Lauroyl Methyl Isethionate. Mengikut artikel di Nature’s Aid Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah sejenis bahan mudah larut air yang diperolehi dari kelapa. Jangan mudah keliru dengan SLS atau Sodium Lauryl Sulfate ya kerana bunyinya pun macam dah seakan akan sama. Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah surfactant  yang sangat ringan dan dianggap sebagai salah satu yang paling selamat di pasaran.

 

 
Mengapa ia digunakan?
Surfaktan ini terdapat dalam kebanyakan produk pembersihan kerana ianya bersifat menyahkan minyak dan lemak manakala sesetengah surfaktan boleh mengeringkan dan merosakkan lapisan kulit kita.  Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah ringan dan lembut kerana ia mempunyai molekul yang besar. Ini  bermakna ia tidak boleh menembusi kulit dan oleh itu ia tidak merengsakan lapisan kulit kita sama sekali.
Satu lagi faedah Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah keupayaan bersabun atau leathering ability. Ramuan ini membolehkan syampu  dan perapi  mempunyai buih semulajadi berbanding produk yang bukan berasaskan produk alami.

 
Selamatkah ia?
Sebuah NGO yang dikenali sebagai EWG atau Environmental Working Group  yang berpangkalan di Washington, DC  telah mengklsifikasikan Sodium Lauroyl Methyl Isethionate adalah sangat selamat, tidak toksik, tidak merengsakan kulit  dan mesra alam. Kiranya kalau di Malaysia kita ni macam Persatuan Pengguna lah fungsinya kan kan kan….

Selain SLS ada beberapa bahan lain yang perlu kita awasi juga seperti parabens,triclosan, benzoyl peroxide dan yang tertera di gambar rajah. Kalau kita sayangkan keluarga kita bertindaklah sekarang anda sebagai pengguna masih ada pilihan. Pilihlah produk terbaik untuk kesihatan diri anda dan keluarga tanpa mencederakan poket sendiri 🙂

Dari pengamatan saya kebanyakkan produk SUTRA  lebih tahan lama kerana ianya pekat dan menjimatkan. Hanya guna sedikit sahaja sudah memadai dan yang paling utama bahan merbahaya yang perlu dielak ketika membeli produk penjagaan diri selesai dengan SUTRA. Jadilah pengguna bijak kerana kuasa ditangan anda.

 

 

image