Autism dan aromatherapy

Tahukah anda kanak-kanak  dan orang dewasa yang mempunyai autism mungkin mempunyai kecenderungan untuk memaparkan tingkah laku hiperaktif apabila berhadapan dengan bau atau warna-warna tertentu. Kadang-kadang faktor persekitaran  juga boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap golongan istimewa ini. Kebiasaannya ada ubat-ubatan tertentu yang diberikan kepada pesakit autism ini bagi mengawal emosi dan tingkahlaku mereka.

Aromatherapy juga mempunyai beberapa manfaat kepada individu autism terutamanya dalam penggunaan minyak pati atau essential oil. Tahukah anda produk Sutra Aromatherapy mempunyai beberapa rangkaian produk yang sesuai digunakan untuk individu autistik ini. Antaranya adalah minyak pati Lavender.  Ia dipercayai boleh memberikan kesan yang menenangkan dan mendorong persekitaran yang lebih tenang untuk membantu waktu tidur pesakit autism.

image

Cara penggunaannya adalah amat mudah. Jika anda mempunyai Sutra lavender 100% pure essential oil dirumah anda boleh gunakan minyak pati ini ketika waktu malam. Titiskan 6 ke 8 titisan lavender kepada  1 ounce minyak. Minyak yang dimaksudkan disini adalah seperti minyak zaiton, minyak kelapa dara atau apa-apa carrier oil yang sesuai. Sapukan dibahagian bahu, leher dan tapak kaki pesakit autistik dengan membuat urutan lembut ke badan mereka.

Selain dari itu dengan penggunaan difusser juga dapat membantu mengawal  emosi mereka melalui deria bau supaya mereka lebih tenang, selesa dan mudah tidur.

Selain minyak pati Lavender, Sutra Aromatherapy Calming Blended oil  juga dapat membantu mengawal tingkahlaku hiperaktif yang dihadapi. Kandungannya terdiri dari Citrus Lime yang dapat membantu memulihkan kembali tenaga individu autistik yang penat akibat hiperaktif, orange oil dapat meregangkan kekejangan otot dan saraf, melegakan kebimbangan, kemarahan, kemurungan manakala patchouli oil  berfungsi besar bagi orang yang mengalami kemurungan. Ia membantu mereka untuk mengatasi perasaan sedih.  Itulah sebabnya minyak pati nilam begitu kerap digunakan dalam aromaterapy.  Ini adalah disebabkan minyak pati patchouli atau nilam memberi satu tindak balas kimia dalam badan dan minda kita dengan merangsang pengeluaran hormon keseronokan seperti serotonin dan dopamin.  Perasaan kebimbangan, kemarahan, dan kesedihan akan lenyap begitu sahaja.

image

Massage Oil Sensual Sutra Aromatherapy pula mengandungi minyak geranium yang juga membantu merawat kemurungan dan kebimbangan.  Lavender, patchouli dan ylang-ylang untuk menguatkan sistem saraf dan memberikan kelegaan daripada tekanan, kemarahan, kemurungan dan kebimbangan. Berbeza dengan Blended oil , massage oil sensual sutra aromatherapy boleh dipakai terus tanpa perlu menambah minyak urutan atau carrier oil. Ini kerana ianya sudah diadun sekali dan lebih mudah dibawa kemana-mana.

image

Begitu juga dengan Massage Oil Stress Relief Sutra Aromatherapy. Kandungannya minyak campuran ini juga dapat membantu individu autism supaya emosi mereka lebih tenang dan terkawal.

Jika anda mempunyai anak autism dan ingin mencuba kaedah aromatherapy ini, adalah dinasihatkan untuk anda berbincang dengan  doktor atau ahli terapi anda sebelum memilih aromatherapy yang sesuai untuk anak  anda. Ini kerana setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap minyak pati atau essential oil. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

image