Apa itu Arbutin dan glutathione didalam wytie aromatherapy soap

Arbutin berasal dari daun bearberry, cranberry, mulberry atau blueberry shrubs, dan juga terdapat pada kebanyakan pir. Bahan-bahan ini dapat menghambat produksi melanin. Arbutin dan ekstrak tumbuhan yang lain merupakan alternative pencerah wajah yang dianggap selamat. Kajian telah menunjukkan arbutin berkesan untuk mencerahkan wajah.

Arbutin adalah zat yang mirip dengan hidrokuinon, namun tidak memberikan efek sampingan seperti hidrokuinon. Tidak hairan bagi pengguna krim yang mengandung hidrokuinon banyak beralih kepada arbutin, yang dianggap lebih selamat. Keunggulan dari bahan arbutin boleh digunakan pada bila-bila masa, berbeza dengan penggunaan bahan hidrokuinon yang hanya digunakan pada malam hari.

Hidrokuinon adalah agen pemutih yang sangat efektif dan dibenarkan dalam dua peratus dan empat peratus sahaja. Selebih dari itu tidak diluluskan oleh kementerian kerana boleh menyebabkan kesan sampingan dipanggil ochronosis untuk orang berkulit gelap dan apabila digunakan pada waktu yang sama dengan produk mengandungi resorcinol.

Antara kesan sampingan lain hidrokuinon adalah pigmentasi mata dan kerosakan kornea, jadi pastikan produk ini tidak terkena mata. Hidrokuinon bagaimanapun tidak menyebabkan kanser.

Glutathione atau gluta, sejenis asid amino yang ada dalam hampir setiap organisma yang hidup di muka bumi. Gluta antara satu jenis antioksida paling berkesan bertindak mengumpul toksin di dalam organ penapisan iaitu limpa secara organik.

Toksin yang dikumpulkan secara organik itu dikeluarkan daripada badan menerusi proses perkumuhan secara berkesan. Gluta juga dikatakan berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan kolagen.

Selain itu, terdapat banyak kelebihan gluta untuk badan antara lain berupaya meningkatkan imunisasi badan, mencegah barah selain membantu melambatkan proses penuaan.

Kandungan gluta pula boleh meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain. Secara tidak langsung, gluta menjadi bahan yang amat diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik tanpa masalah.

Sabun Wytie Aromatherapy soap tidak mengandungi Hidrokuinon dan selamat digunakan untuk mencerah dan mengembalikan keyakinan diri anda.